Tuesday, August 25, 2009

terbalik~

kata mak angkat aku, esok ada jamuan kenduri kat atas sana kan?
kami angguk konon konon tahu tempat yang dimaksudkan. aku sendiri sebenarnya tak berapa jelas dengan kawasan kampung tu. maklumlah, baru tiga empat hari berkampung di situ.

kata mak angkat aku, esok boleh lah tengok pokok terbalik. pokok tu baru terbalik malam tadi.
kami cuma nganga mulut. kagum. ada pokok terbalik di sik!
tak pergi panggil orang tibitige pun~
muka mak angkat kami masih selamba sambil lipat kain baju.

esoknya.
jamuan atau kenduri tu berlangsung seperti dirancang. mak angkat aku pun tunjuk pokok terbalik tu.

kata mak angkat aku, tu~ tu ha. dahan dah kena potong tu. angin kuat 'marin tolak pokok tu terbalik.
kami cuma nganga mulut. terkena. mentang mentang kami naif!
tak tahu orang sik kata pokok terbalik itu adalah pokok tumbang~
muka mak angkat kami masih selamba sambil bentang kertas untuk lapik duduk.

11 comments:

sharamli said...

tang mana sik?

hua3...

k.e.r.i. said...

terbalik dan tumbang same je kan.

Si Aizuddin said...

aku kagum. aku ade try buat eksperimen tanam pokok terbalik. doakan aku berjaya

Kikuri-sama said...

Alaaa... saspen aje. AKu pon iye2 gak nak nengok pokok terbalik....

mugiwara said...

sha - sik, kedah.

keri - mana la nak tau. terbalik tu kan macam songsang upside-down.

si ai - semoga kau berjaya! jangan lupakan aku bila berjaya nanti.
haha..

kikuri - kami lagi a saspen sepanjang hari~
mak angkat kami boleh pulak buat muka inesen..
ces!

Rozita said...

ahhahah kelakar
tu la..bahse jiwa bangsa..
mcm2 bahse ada kat negara kita ni..
apam terbalik ada tak?

julietchun said...

kalo tidak buleh ko numpang sekaki masuk tibitige,ekkekeke.

xiiinam said...

....kalau tak biasa dengan bahasa slanga tertentu...memang mau tonggang terbalik konversasinya...

...mari ke tempat saya. Cakap Jawa pulak. H...ha..

mugiwara said...

rozita - apam terbalik? [tetibe terbayangkn blog kak tasik. hihihi..]

juliet - itu la pasal...kikiki...

xiinam - hah? mau nya nanti, mulut ternganga sampai meleleh air liur...
haha...

Kikuri-sama said...

Try link ni kalu menjadi...

http://www.animetake.com/?s=fullmetal+alchemist+brotherhood&x=10&y=17


Aku pun baru tau bila kau mention benda ni... Sedey!

mugiwara said...

waa~

yay!

maceh~


huu...sedey kan?