Tuesday, August 18, 2009

tentang : telefon~

1. rumah kami tiada telefon sehinggalah aku habis sekolah. entah tahun berapa baru kami mula pakai di rumah. di asrama dulu, terpaksa telefon orang depan rumah. terpaksa.

2. telefon bimbit pertama aku dibeli ketika tahun akhir diploma setelah jimat jimat dan setelah ramai yang bising bising, susah mahu kesan kedudukan aku.

3. cikgu ipin, penolong kanan sekolah kami di seremban marah kami jika kami kata di rumah tiada telefon. waima ianya adalah benar. kami benar benar belum mampu waktu itu. katanya, zaman teknologi macam ni, semua orang sudah guna telefon. orang dalam gua saja tak tahu guna telefon. ketika itu aku di tingkatan empat.

4. sekarang sudah bertukar telefon bimbit setelah telefon yang lama sudah rosak.

5. kalau telefon lama tak rosak, aku tak peduli jika orang kata aku ketinggalan zaman dengan telefon bimbit tak canggih sekalipun. aku tak akan terfikir untuk tukar.

6. telefon bimbit dahulu, digunakan sebagai pengganti jam atau penggera. ya, inilah kegunaan utama telefon bimbit itu sebelum digunakan sebagai alat komunikasi; penggilan masuk [sahaja] atau sms. [gila kedekut!]

7. telefon bimbit kini, digunakan sebagai pengganti jam atau penggera [dengan bunyi lebih canggih]. ya, inilah kegunaan utama telefon bimbit ini tapi dengan tambahan kegunaan lain iaitu sebagai kamera dan radio/walkman. kemudian barulah sebagai alat komunikasi; penggilan keluar [kadang kadang], panggilan masuk dan sms.

8. dulu orang kata telefon adalah kehendak atau kemahuan. tapi sekarang ia sudah jadi keperluan pula. semua orang pun sedar. tapi kata kata cikgu ipin tadi tak semestinya sudah boleh digunapakai.

9. dalam telefon bimbit aku lebih banyak gambar orang dari gambar aku sendiri. gambar budak budak, makanan dan pemandangan adalah antara yang panas.

10. dengan adanya telefon baru, perjalanan pergi balik ke tempat kerja tidak lagi membosankan. ada radio. boleh dengar sambil menunggang motor. [doakan aku selamat~]

11. sila jangan marah jika aku tak angkat telefon aku kerana aku jarang angkat jika ada nombor tak dikenali menelefon. atau ketika itu telefon tersebut aku simpan di bilik sementara aku pula sedang seronok menonton tv. atau ketika itu aku dalam panggung wayang/kapal terbang. atau aku memang malas nak jawab panggilan kamu [jarang berlaku kecuali kepada enchek bos dan manusia manusia di opis. ]

12. sila jangan marah jika aku tak balas sms kamu. kerana ketahuilah kamu sesungguhnya, aku belum top up kredit lagi. [ketawa malu malu]

24 comments:

sharamli said...

aku p0n xangkat jgk kal0 n0 xknl..kal0 n0 public lgik la ku mls nk angkat...

kal0 pky maxis,pk 4 5 kali nk rply msg n0 celc0m..kedekut kn..tp k0 lgik kedekut....

Paan Tanpa Adik said...

Cikgu Ipin sungguh x sensitif.

Pekerja Kontrak said...

hahahahahaha... ko kedekut eyh...

Tijah said...

hai patne.

selamat berpuasa.

dan selamat hari raya.

xiiinam said...

Dulu masa zaman asrama, aku jarang balik hujung minggu secara mengejut macam orang lain sebab kalau nak balik mesti tulis surat seminggu lebih awal. Habis, nanti bapak aku tak jemput aku kat bus stand....jauh tu!

Dan kini,di rumah ku sendiri, sampai sekarang tak ada telefon rumah.........dan pernah kena marah cikgu Ipin versi sekolah aku pasal itu....

@tune® said...

aku slalu berebut dulu sbb tgu turn pakwe masing² telefon

fadzilah said...

kedekutnya..dah keje hp pun xde kredit..hehe..ni msti kredit abis gayut ngan awek.

paiseh said...

pesen bajet~

mugiwara said...

sha - aku. kalau bonus free sms ada, baru rajin sms. no len tggu urgent bru reply...ngee...

paan - tu la dia...rasa nak debik je. aku pikir aku ni kecik je, tu tak jd debik tu.

pk - kata kata kesat tu weyh...kalo ckp berjimat, kan sejuk skit tlinge dgr...
hihihi~

tijah - patne, selamat jugak!

xiinam - tulis surat? lagi sempoi~
kadang2 'cikgu ipin' ni tak mahu consider hanya dsebabkn kemajuan.
[keluh]
rasa nak lempang je 'cikgu ipin' kan?

@tune - wahahaha!
aku tgh bygkn aksi2 gusti depan tepon!

fadzilah - awek xde. pasal tu malas nk isi kedit...haha~

paiseh - bijak la lu!
bajet itu mesti beb!

julietchun said...

klip video panas takde gak ke?ekekekeke.

puding roti said...

hik2. umah kita smpai skrg tak da tepon umah. hik2

kegunaan tepon kita sbg alarm dan juga reminder. selalu ditinggalkan kat rumah dan kadang-kadang tepon yg buruk kodi dua hari mampus habis bateri tapi terus terbiar tersadai tak dipeduli.

mugiwara said...

juliet - ade [muka jujur] apek tu masukkan masa mula2 beli. pastu dh clean.[muka naif]
serius!

puding - ngeheheh~
rupanya, orang macam kita ni ramai lagi. ingatkan dh pupus dh~
ngeheheheh.

tp tersadai terbiar tak peduli tu dasat sgt dh tu...

F A R Y N said...

yg kelakar kan..
pakai hp mahal2..skali takde cdt..
hohoh..itu sgt memalukan ok....

biar hp buruk..
janji ley call n sms...

Rozita said...

lebih baik tk yah ada tepOn
malas benar nak tOp up ye..
kedekut pun ye nih~
eh bukan~ ~ jimat la

Kejora Yg Malap said...

hahaha..memang kedekut..tp xkisah la kan janji boleh dihubungi..

Wolfis Black said...

handphone pertama aku dibeli adalah ketika start kerja pertama aku..

Pelangi And Promise said...

aku masih gunakan telefon yang tiada kamera dan tiada mp3..

mugiwara said...

faryn - men kasar ek?
pedih dol. berbisa!
hahaha~

rozita - jimat..jimat..hahaha~

kejora - kan? asl org bleh carik/kol.

wolf - gne duit sinri lg puas hati kan?

pelangi - takpe. kalu hp lama tak rosak, aku pun tak tukar canggih2. alang2 dh kne beli len, bru a tukar yg canggh2.

Nas said...

aku tggu ko beli blackberry~

mugiwara said...

nas - bo! aku tggu kerol tukar henset bru aku pk~
lalalala~

hyde said...

mugi, apsal ko suke sangat tiru aku? dol, ye aku paham perjalanan y jauh menyebabkan kite bosan..tapi,jangan dengar lagu time ribut..itu pesanan mak ku..

1st time aku jatuh ritu, mp3 dalam keadaan baik, tp gigi ilang..(ko dah saksikan kan)

2nd time jatuh, luka sikit dan lebam2..tp still, mp3 dalam keadaan baik..

kesimpulan : mp3 hanya membantu menghilangkan bosan dan menyumbang kepada kelalaian..unless volume ko takat 10-15..aku dulu vol max..muahaha

mugiwara said...

hyde - mana ada tiru dol!
otak kita ada frekuensi yg sama kot~
haha.

doakan aku weh!
max volume la...nnt tak dgr~

julie^beth said...

dulu kalau nak sampaikan msg kat ko, kne guna helmi, mizi or sauji.. haha

mugiwara said...

julie - haha...musti dorang tensen aku syak!