Thursday, August 6, 2009

kembara~

ada yang mengembara kerana mahu lihat keindahan alam.
ada yang jelajah kerana mahukan cabaran.
ada yang meneroka kerana makanan. [food hunters].
ada yang bermusafir kerana mencari tuhan.
ada yang cuma mahu lepaskan lelah setelah penat bekerja.
ada yang tinjau tinjau tempat berbelanja murah murah.

aku masih tercari cari. apa sebenarnya motif dan matlamat aku mengembara.
hobi baru aku ni, buat aku cuma rasa seronok. dalam beberapa kali aku menjelajah, aku banyak perhatikan budaya dan sosial masyarakat tempatan. tapi masih belum jumpa apa sebenarnya yang aku mahu cari.

ada seperti yang belum lengkap di setiap tempat yang aku jelajahi.
ada yang aku rasa tak puas setiap kali aku pulang ke mukim asal.

setiap kali aku tonton discovery channel, baru aku terfikir. aku sepatutnya lakukan perkara itu dan ini.
setiap kali aku tonton travel and living channel [entah apa nama saluran sebenarnya], baru aku terfikir. aku sepatutnya menikmati ciptaan tuhan waktu itu dan ini.
setiap kali aku tonton national geographic channel, baru aku terfikir. aku patut perhati dan rakam diingatan perkara itu dan ini.
setiap kali aku tonton afc, baru aku kecur dan terliur. aku patut rasa benda itu dan ini. [selagi halal].

adakah aku umat yang tak bersyukur?
tapi apa yang aku sedar, masih banyak lagi perkara yang ditawarkan oleh dunia ini belum aku teroka dan fahami. memang tak boleh dapat semuanya. tapi sekurang kurangnya, aku tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan sedikit dari semua itu.

ayuh!
kita jelajah~

jelajah seterusnya.
tanah jawa~
tunggu aku ya, bali!

19 comments:

Selamber Rock said...

nak ikut gi bali....huhu

sharamli said...

k0 g sabah xbeli ap2 t0k ku kn...kali ni k0 kena beli gak..xkira..xkira..aku nak jgk..muahaha

kotaklimasegi said...

biasanyer aku jelajah utk rehat (mungkin tido sampai lebam) dan makan itu ini..

jarang utk lihat keindahan alam atau memerhati budaya dan sosial masyarakat tempatan sbb biasa nyer aku lambat mengerti dan bukan kerana aku tidak mensyukuri kejadian tuhan.. dan akhirnyer aku cuba mengerti walaupun susah payah..

dan aku mmg jarang menjelajah utk bershopping kerana aku jarang ader peruntukan utk itu..

Paan Ovrtd said...

Pergi Mekah la best.

julietchun said...

pegi bali tolong jaga mata skit, jangan asek dok skodeng minah salleh,hehehe.

mugiwara said...

kejora - ikut la...
tambang sinri2~
hihihi~

sha - aku bkn ske soping2 we~

arfah - aku rasa rugi je kalu g jelajah stakat tuk tido...
berjalan, melihat, mentafsir~

dik an - tu pun destinasi yg aku nk pegi gak nnt.
mudah2an aku dijemput la kan...

juliet - seb bek ada yg ingtkn...
terlupa plak ada minah2 saleh slalu n*de kt sana.
yippie~
ni yg makin tak sabar nih!
hahaha~

@tune® said...

aku suka mengembara...
menikmati ciptaan si Penguasa Alam
untuk mensyukuri setiap kejadianNya

yayaIBRAHIM said...

salam,
teruskan usaha kembara anda..semoga beroleh apa yg dicitakan..

Aizuddin Jaafar said...

aku suka travel.

every journey i made lead me to something.

eceh eceh(kemaruk speaking)

kotaklimasegi said...

best per..
tido di tempat org...
feel dier lain...
hahaha..

pEts LovEr.. said...

uiks..saja jenjalan..jengok2 insan bernama mugiwara..

atiza said...

best tau gie Bali..especially the sceneries...macam kat dalam 'Globe Tracker' Travel & Living...

kalau suka nasi padang..kat Denpasar mmg banyak..Kuta pun ada tapi tak le semeriah Denpasar..

duk kat ner? Backpacking?

hyde said...

JEPUN - satu negara nie jer ko jgn pegi b4 aku..if aku dgr ko gi..putus sahabat!!

en mugi, bali rm bape? ko leh dapatkan green lite dr mak aku x? huhuhu..

mugiwara said...

@tune - bgus2...
bru rasa rendah diri dpn tuhan...kan?

yaya - amin...insyaallah~

si ai - i really enjoy my journey eventhough its still not lead me to something. can't wait to see more and more things this world offer.
[apa aku meraban ni~ haha...]

arfah - haha....menikmati tmpt org ngan cara unik...
erm..unik ke?
hahaha~

pets - saya le mugiwara~
huhu~

atiza - kami survey kt legian. tp nk tgk juga kt kuta nnt, kalu2 ada yg murah.
backpacking je...bru syok~
hihi~

mugiwara said...

hyde - tp kalu aku dh ckup kmpl duit sblm ko camana?
ko kne kmpl duit dr skrng~
gj dh naik kn?
hihi~

tasekM said...

tangguh. selsema babi tgh melanda.

:)

Nas said...

ntah..weh..waktu2 wabak mcmni..jgn ade kelua masuk la..duk je dlm negare nih..adeh ko nih..

ececeehh..ayat "merakam"...patut la survey slr dol...

puding roti said...

besnya g jejln
nk itot!
tp jgn lupa pakai serkup idong

mugiwara said...

tasik - orang melaka tak boleh keluar melaka. duduk situ diam diam~

nas - aku mana bleh dok diam...

ngeh ngeh ngeh...ko sebey ke tak?


puding - bole itot tp janji jgn noti2~