Friday, June 19, 2009

mengkaji, melompat, mengarut~

hari tu.
aku semacam teringat satu topik dalam mata pelajaran fizik. tentang berat dan graviti. ada teori tentang berat dan graviti ketika berada di dalam lif yang bergerak. aku ingat ingat lupa. tapi teori itu mengatakan berat akan berubah. berubah macam mana? itu yang aku tak ingat. kena buka buku teks semula.

dalam lif. aku masih lagi terbayang bayang gambarajah orang dalam lif dan formula yang kabur. otak aku mula aktif memberi reaksi.
kata otak aku, apa kata kita buat eksperimen sekarang?
kata hati aku, ya! apa salahnya.
kata tubuh aku, oke! kita lompat bintang~

tiba tiba lif terbuka. aku terkesima. macam haram!
dengan tangan mendepang, kaki baru jejak lantai dan nafas sedikit tercungap, aku buat buat biasa.
mujurlah cuma budak kecil yang nak pergi mengaji.

malam tu jiwa dan perasaan aku marah marah pada otak, hati dan tubuh yang buat perangai mengarut.
kata jiwa, mujurlah cuma budak kecil yang nak pergi mengaji.
kata perasaan, kalau awek. aku tak ada can lah nak dapat apa apa~

11 comments:

Kikuri said...

Adoiyaaii! Nasib baekla bebudak and bukan awekss... kalu tak, abesla saham kau!

bokbon said...

cuba masa tu ramona rahman, agak-agak lu jadi cair dan bersepah atas lantai tak?

Monkey D Luffy said...

ko buat perangai dalam lif kenapa?

muahaha

Rozita said...

tindakan luar kawalan ke itewww?

k.e.r.i. said...

mesti besar kemaluan lu.
hahaha

@tune® said...

hihi...
cover line is the best way la bro!!

julie^beth said...

ko buat lompat bintang style shimi ke?

SOHO Mama said...

Starjump dlm lif lah ni..? Huiii I takut nak lompat2 dlm lif ni...*byk sgt tengok movie yg melibatkan kejadian2 tak diingini yg melibatkan lif*

mugiwara said...

kikuri - nasib baik kan?
huhuu~

bokbon - tak cair, tak bersepah. agaknya terus evaporate.
haha.

luffy - bukan aku. badan aku yg bagi idea..
hehe...

rozita - dikawal kuasa ghaib~
huahuahua~

keri - shhh~
mana bleh bgtau orang!
haha.

@tune - kena bguru ngan lu cara2 kaber line~

julie - ada lompat bintang cara len lagi ke? aku ingt style shimi tu dh stended dh...

soho - haah la...selamat pntu lif terbukak...

hahaha....kalu tak, cuak gak. kan?
tobat...tobat...
er...sekejap je kot~
hihi~

hyde said...

tapi kau lupa...hakikatnya, budak kecik y gi ngaji tu ade seorang kakak yang sangat cuntek..dan budak kecik y gi ngaji tu memiliki ciri2 mat kepoh..lalalalalalala

mugiwara said...

hyde - ceh! aku tak percaya~
sejak bila ko blajar ngan usopp ni?