Wednesday, June 3, 2009

hai orang orang yang berselimut~

bagi pelajar pelajar sekolah, waktu cuti sekolah adalah waktu yang seronok dan di tunggu tunggu. aku masih dapat rasakan lagi perasaan seronok macam tu. walaupun cuti hujung minggu.

bagi pelajar asrama, waktu cuti hujung minggu itulah waktu untuk bebas dari cengkaman warden. kalaupun bukan giliran aspura untuk keluar ke bandar, cuti hujung minggu tetap meriah. ah! lupa~ sebenarnya pagi pagi masih belum dapat lari dari warden. selepas gotong royong baru lah boleh dikatakan bebas.

warden kami, cikgu abu, rajin merotan kami kalau lambat bangun subuh. macam nak runtuh bangunan bila aksi kejar mengejar antara cikgu abu dan kawan kawan terjadi. ya, kawan kawan aku. bukan aku.
sampai satu tahap, cikgu abu terpaksa buat buku kehadiran solat subuh. eleh~ budak budak ni mana nak makan saman. malas turun surau, solat dalam bilik. siapa yang turun ke surau, sila tuliskan nama kawan kawan yang malas turun. mudah saja peraturannya~

aku tetap kejutkan kawan kawan sebilik. malam sebelum tu pun apai ada pesan suruh kejutkan dia bangun subuh. walaupun aku rasa dia macam buang tabiat, aku janji juga lah untuk kejutkan dia. siap bagi lesen untuk jirus air atau pukul kuat kuat.
lalu, subuh tu aku kejutkan dia. tapi tak jirus air atau pukul kuat kuat.
dia bangun. duduk. pandang keliling. lantas tanya pada aku, "dah pukul berapa? dah subuh ke?"
aku jawab,"dah pukul enam suku."
dia termenung. pandang keliling. lantas bersuara,"mana kulit babi aku?" sambil tarik selimut dia sambung tidur.

sah. nak mula gotong royong, bila warden suruh berkumpul, barulah dak apai tu nak bangun....

15 comments:

sharamli said...

kena sekeh gak si apai ni

julietchun said...

adakah cikgu abu tu berbadan besar sebab ko cakap bagai nak runtuh bila dia kejar kawan2 ko?kekeke

julie^beth said...

kiranya die bangun sebab gotong royong lah ek bukan sebab subuh... haha..

mugi, ko memang rajin bangun pagi kan.. sampaikan tak tido kat camping pon takpe kan..

camne nak tido, tempat tido banjir.. mwahaha

arfahadnan said...

sabar jer lah...

jenih aper lah orgnyer si apai nih..

Fyza d.Hana said...

cikgu abu tu si maskot mcD tu kan? hehehe...

@tune® said...

huh...
rajin budak apai nih...

F A R Y N said...

cayalah apai !

mugiwara said...

sharamli - ko tolong sekeh kan tuk aku...aku takut sket ngan dia...hahaha~

juliet - tak. nak runtuh tu sebab ramai2 berlari kat corridor..hihii...yg badan besar ada sorang lg warden.. tapi kami jamin dia tak larat nak kejar kami...
haha~

julie - wahaha...tak tido pun tak pe we...drpd aku hanyut~
hahaha~

arfah - jenih tak makan saman~
haha~

fyza - bukan...tu cikgu ipin~

@tune - dia bercita2 jd pelajar contoh. aku syak!

faryn - oit! jgn sokong dia. sokong aku!

wahaha~

Kikuri said...

Kawan kau tu samak tak badan dia spas tu?! Perggh! baik betul respon dia.. hahaha...

Monkey D Luffy said...

hahaha

memang babi

sharamli said...

kasi n0 f0n..nnt ku sekehkan..hu3

paiseh said...

babi punya apai..!

mugiwara said...

kikuri - rasanya samak masa gotong royong la...ermm tak pasti plak...
hahaha~

luffy - huhu...seronok btol menyumpah org...
hahaaha~

sharamli - aku takde no fon die...hihi~

paiseh - haha...seronok ye ada peluang nk mnyumpah org~

addyaholix said...

aku selalu jaga sendiri. kalaulah tiap pagi ada yang kejut. bahagia kan. haha!

FARIE said...

kulit babi?
hahaha!!