Saturday, June 6, 2009

bercuti~

kami dah letak borang mohon cuti atas meja enchek bos. alih alih mood dia tak berapa baik. kerana ada seorang jurutera buat hal. entah hal apa entah.

kata enchek bos, "kamu ingat, kalau kamu letak tiket flight sekali dengan borang cuti ni saya akan luluskan cuti?"
ah~ sudah. hati kecil kami cuma berdoa supaya harapan kami untuk bercuti akan tercapai.

kata enchek bos, "tengok berapa hari? apa? sepuluh hari?"
ah~ habis lah. macam tak ada harapan 'ja ni.

"tapi kami dah beritahu awal awal kan, bos~" che' moon mulakan dengan nada memujuk. kalau dengan perempuan sejuk sikit dia. kalau aku. aku agak, dia bertambah membara~
enchek bos diam. kemudian mengeluh.
ya. kami ada gurau senda dengan dia beberapa minggu sebelum tu. katanya, "kalau kamu cuti lama lama nanti, kamu rindu suara saya macam mana?"

bila battery back-up untuk komputer nya rosak, aku cuba tengok tengok kalau boleh betulkan tapi gagal.
kata aku, "bos, back-up ni dah tak boleh rosak. tak payah pakai back-up lah ya?"

kata enchek bos, "apa nak back-up lagi! back-up saya semua dah cuti!" lalu terus keluar selepas serahkan borang cuti yang sudah diluluskan.
amboi~ merajuk pula kah enchek bos ni....

aku dapat tahu. beberapa hari selepas hari kami dah bercuti nanti, enchek bos pun akan bercuti. kata che' moon, "dah tak ada orang nak bising bising kat ofis, tak ada yang nak melayan borak dengan dia. tak nak bosan, dia pun cuti lah juga,"

perhatian : aku mula risau. tak sampai sebulan selepas cuti panjang ini, aku nak bercuti lagi. mati! harap harap mood enchek bos baik ketika aku hantar borang mohon cuti~


5 comments:

Mak Su said...

bawaklah buah tangan utk encek bos itew

paiseh said...

MC je.. xyah submit2 borang cuti. heh!

arfahadnan said...

aku pun selalu jer risau kalau nak minta cuti lepas tak sampai sebulan yg lalu dah cuti panjang..

chayo'..

tasikmerah said...

cuti kawen yek...?

:)

julie^beth said...

weh, terel giller ko dapat cuti 10 hari straight.. aku, jgn harap.. mesti alasan yg diberi : "kelas awak bile nak ganti?".. padahal nak mintak cuti time cuti sem.. kelas ape yg ada time cuti sem? kelas mengumpat / shopping / mengular kah?