Monday, June 8, 2009

tanpa tajuk 3~

aku lambat siarkan tag ni bukan apa. banyak pula mahu nya. lima pula tu~
lagi pula. enchek bos risaukan quality audit yang datang tempoh hari. jadi banyak juga lah perkara itu dan ini yang perlu dikemaskini.


terima kasih buat aliaa.

5 tabiat buruk di zaman persekolahan

1. bangunkan kawan kawan sebilik lambat lambat. pasal takut bilik air penuh.
2. tiru kerja kawan waktu lukisan. ala...tiru cara dia buat saja. itu pun belajar juga namanya~
3. suruh ahli kumpulan bawa/ambil barang jika masuk makmal atau bengkel. aku kan ketua~
4. makan lambat (kalau lauk di dewan makan tak sedap) maka, lambat untuk prep petang.
5. tidur waktu prep petang


5 subjek kegemaran anda. kenapa??

1. matematik - cikgu ni best. selalu bagi aku markah penuh. siap dengan puji puji lagi.
2. bahasa melayu - waktu belajar subjek ini boleh banyak bergerak. cikgu bahasa suka tidur~ hahaha~
3. sains - masa tingkatan tiga saja lah~
4. kimia - eksperimen nya seronok. boleh main api. tengok kertas ajaib bertukar warna....hahaha~
5. alam dan manusia - terasa seperti orang berilmu bila baca buku teks subjek ini. waktu itu saja lah.

5 subjek yang anda tidak suka. kenapa???

1. sejarah - selalu buat aku rasa mamai dan khayal. macam ketagih ubat batuk. tak baik untuk kesihatan sungguh!
2. fizik - walaupun ada eksperimen, teorinya terasa lebih banyak. otak cepat tepu.
3. english language - teacher suka cakap dengan papan hitam dari bercakap dengan kami, murid muridnya!
4. kemahiran hidup - barang barang yang aku buat, selalunya jadi entah apa apa. tak mahir. tangan tak ada seni. ya kah?
5. fluid mechanics - ini dah lepas sekolah ni...tak suka pasal subjek ni tricky. bagi aku sakit jantung!

5 perkara yang menarik pada kamu

1. comel
2. baik
3. rajin
4. pendiam
5. pemalu

eh? ada lagi sebenarnya....hu~

5 perkara yang kamu paling suka

1. makan
2. berehat. bersenang lenang di rumah
3. membeli, membaca buku. juga lepak lepak di kedai buku atau perpustakaan.
4. berdua dua dengan lolly
5. tidur

anda tidak boleh hidup tanpa..

roh

setiap malam sebelum tidur siapa yang anda hubungi

tiada. tuhan, mungkin.

7 comments:

Kikuri said...

Waaa... entry yg sarat dengan maklumat!

"english language - teacher suka cakap dengan papan hitam dari bercakap dengan kami, murid muridnya!"

Kesian kau... takpe, aku pastikan aku tak kan cakap ngan papan itam... aku hanya akan cakap ngan whit board aje... hahahah....

sharamli said...

c0mel?rs nk muntah..

arfahadnan said...

aku pun tak suka fizik..
experiment kene fikir lebih byk dari biasa..

haha~~

bokbon said...

tu la sha, comel..entah ye entah tidak, hahaha!

paiseh said...

fluid mechanics best laa wey..! bulih buat mesin gerak2 pakai air.. pehh!! ajaib gile~

Rozita said...

emmm berdua2 dgn lolly?
lolly pop ek

Fyza d.Hana said...

5 perkara yang menarik pada kamu

1. comel ~ bluerkk
2. baik ~ pura-pura je
3. rajin ~ huh..
4. pendiam ~ takde maknanya..
5. pemalu ~ boleh blah..