Wednesday, May 6, 2009

upacara tiup lilin~

emak jemput kawan kawan. entah kawan kawan siapa aku tak pasti. yang pasti aku tak cam budak budak mana yang datang.

aku. cuma ada perasaan ghairah dan seronok melampau sahaja, pada hari tersebut.
emak sarungkan aku baju putih berbelang kuning dan cik kapitalis berbaju kuning polka dot dan ada gambar mickey mouse (konon konon nya~).

hari itu emak dan abah nak buat majlis hari jadi kami. aku dan cik kapitalis lahir pada bulan yang sama berjarak setahun. pada hujung tahun. waktu itu aku pacak dua batang lilin. cik kapitalis tiga batang lilin.
kek aku nampak sedap tapi aku cemburu juga dengan kek cik kapitalis yang ada kacang kacang keliling kek. aku suka kacang waktu itu.

waktu acara tiup lilin, tetamu mula menyanyi. bila mahu tiup lilin, cik kapitalis yang mula dulu. kemudian baru aku pula.
aku cuba tiup sekali. tak padam.

cuba tiup sekali lagi. tak padam padam.
orang keliling mula hingar bingar.

"tiup! tiup! kuat kuat sikit!" kata mereka.
aku cuba lagi. masih belum mahu padam.
"hembus...bukan sedut. hembus..." aku dengar nada mereka seperti orang yang mula hilang sabar.

kemudian makcik di belakang pun berkata,"kak long, tolong tiup untuk adik ni,"
aku buat muka tak puas hati. dalam hati membara 'ja dengan makcik di belakang tu.
cuba kau tengok muka tak puas hati aku tu.

ini bukti cik kapitalis telah tiup lilin aku. cis sungguh!


kami sudah tak buat apa apa majlis hari lahir lagi. kalau ada hari lahir siapa siapa, kami cuma makan secara mewah sedikit saja dirumah. sama ada emak masak atau beli. beli kek pun sudah tak tiup tiup atau nyanyi nyanyi.
itu saja peluang aku mahu tiup lilin atas kek. dan peluang itu telah dirampas oleh cik kapitalis!

ini emak dan abah~

17 comments:

Kikuri said...

Wuih! Chomelnye kau!

Kau rasa kempunan ke tak dapat tiup lilin?

Apa kata the next besday, kau beli lilin berkotak2, then kau pasang. Pastu kau tiup satu2 sampai pitam.... hehehehe...

paiseh said...

time raya sok2 lu tiup laju2 panjut keliling umah lu.. amacam??

*besday lu ke ari ni..?? selamat hari tua then..

joegrimjow said...

suke la ek besday camni

sharamli said...

kecik2 p0n dah kena buli..
ha3

Nas said...

errr...next kanpai..kite wat upacar tiup lilin!!! \0/

arfahadnan said...

huahuahua..

sian tul lah ko ni..

(gelak lagi..huahuahua..)

tapi sangat comel gambar tersebut..

@tune® said...

cik kapitalis tuh akak ko ke?

aku xpenah tiup lilin...

nnt ko bg aku lilin ye..nk main tiup²

kalau ade tiupan yg lain pon boleh...kikiki

julietchun said...

aku speku gigi ko rongak depan tem tuh.Nasib baik cik kapitalis nak tolong tiup, kalo tidak sampai ke malam ler ko dok dpn kek tu,kekekeke.

SOHO Mama said...

Wah masing masing ada kek besar!! Kalau I, sambut hari jadi pada hari sama adalah bersamaan dengan kongsi kek yg sama..!

Siap simpan tu gambar "bukti" hee hee...

mugiwara said...

kikuri - takde la kempunan mana pun..hihihi~
aa..kalau dh berkotak2, mau semput!
hahha~

paiseh - idea bernas! hahaha...

bukan. belum lagi. aku ngan kapitalis tu hujung tahun.

joe - ala...budak2...mana la nak tau apa sgt. nk seronok je...

sha - kesian aku. kan?

nas - ha'ah. bernas juga. tp si sanji tu nak keh? hehehe~

arfah - sian. kan?
maceh. [pipi memerah]

@tune - carik je kt kedai. lilin cap matahari dalam peket kertas tu..
err...tiupan apa yg lain tu?
demo sket.

juliet - nak tak puas hati jugak!

soho mama - tu kek sponsor.
hihihi...bukti kena simpan wo...

Mak Su said...

hhmmm, indahnya kenangan. maksu tak pernah sambut besday masa kecik. arwah ayah kata jangan ikut budaya omputeh tu... huhuhu, pak haji.

Rozita said...

sekurang2nya ko pernah jugak tiup lilin.
akak nih, dah 38 thn..sekali pun belum celebrate besday smpi tiup2 lilin cenggitu..

ko & cik kapitalis mmg x ble di pisahkan lg..

mugiwara said...

maksu - ni saja nk bg budak2 seronok. lgpn tu 'zaman jahiliah' tu~
ahaks!

rozita - itu cik kapitalis yg tiup!
haha~
tp kami bukan kembar siam.
berpisah je slalu sebnrnye...

F A R Y N said...

ala comeynya bdk tu...hehehe

Kikuri said...

Kau nak tak tgk FMA Brotherhood? Try this link http://fullmetalalchemist2.us/fullmetal-alchemist-s2-brotherhood-episodes-download/

julie^beth said...

aku rasa cik kapitalis nak cover ko lar.. sebab, orang suruh tiup, ko pegi sedut.. so utk cover malu, cik kapitalis tolong ler..

hyde said...

oohhoo patut la ko beriyer tiup lilin kitorng aritu!!!!!! xper la..bagi chan la..ko kan kapten