Saturday, May 30, 2009

pandang bawah~

waktu pelajaran khat kadang kadang seronok. kadang kadang tak.
seronok bila dapat markah tinggi dan berlumba lumba menghasilkan khat yang paling cantik.
tak seronok bila terlupa atau tiada pensel khat dengan mata serong untuk menulis.
ustaz marah. walaupun ustaz jarang rotan, tapi ustaz garangnya tak menentu.
hari itu kami bernasib baik. kami tak ada pensel khat mata serong tapi ustaz tak marah marah. mood stabil untuk hari itu. entah apa yang dia makan rehat tadi.

maka, untuk menghasilkan pensel khat dengan mata serong yang baik, kau perlukan sebatang pensel yang cukup panjang dan juga sebilah pisau. pisau lipat cukuplah. dengan itu baru lah kau rasa yakin buat tulisan khat. boleh jadi kau dapat markah tinggi dan dapat satu bintang. kalau kumpul bintang dari muka depan buku khat (atau mana mana buku tulisan lain) kau boleh berlagak sikit dengan kawan kawan.

aku.
aku tak ada pensel yang cukup panjang. juga tak ada pisau. pisau lipat pun tak ada. bahaya bawa pisau ke sekolah ni, fikir aku. cuma yang ada pengasah pensel sahaja.
jadilah~
nak pinjam dari orang lain susah. mereka pun mahu guna juga.

aku asah pensel.
kemudian aku pergi ke meja kawan kawan yang sibuk raut pensel di tong sampah atau longkang depan kelas. biarkan mereka dengan pisau lipat yang mereka tak bagi aku pinjam tu.
dan aku, tanpa berlengah dan tanpa kasihan, sagat sagat mata pensel pada bawah meja mereka.
hasilnya pensel aku pun jadi macam pensel khat mereka juga. dan dapat tulis dengan cantik juga (dari mata aku lah).

bezanya, sampin/kain aku tak hitam macam mereka~

15 comments:

bokbon said...

ceh..kanak-kanak nakal juga lu rupanya, hahaha!

oranglidi said...

ahaha! berani lu. patut a bawah meja wa selalu ade habuk2 pensel.. cis.. begitu rupanya penghasilannya..

mugiwara said...

bokbon - mana ada!
(masih tak nak mengaku~ haha.)

oranglidi - len kali jgn kedek sgt...;p

Rozita said...

kau mmg lah budak yg nakal..

F A R Y N said...

ceh..
bdk nakal yg pura2 tak bersalah...
ahahahha

paiseh said...

suka skill ustaz2 asah kapur kat papan itam nak kasi sedap tulis khat...

k.e.r.i. said...

lepas sagat bawah orang, pastu buat muka inecen.
ceh, memang rasa nak sagat kat muka kau pulak!
haha

arfahadnan said...

nakal sungguh le kamu nih..

addyaholix said...

aku selalu dapat A dalam khat dulu. dulu lahh!

Nas said...

err...nape ngn sampin ko??

mugiwara said...

rozita - tak la~ ;p

faryn - apa salah aku? apa?
hhihi~

paiseh - dari situlah idea sagat menyagat datang...haha~

keri - aku buat muke inesen...kau tak sampai hati...
hihihi~

arfah - tak la~

addy - aku pernah dapat a tapi bukan selalu. bukan kadang kadang. cuma jarang jarang...itu pun dulu lah...haha~

nas - er? takde apa2 pun ngan sampin aku. pesal? cbe tgk kain ko. ada hitam2 tak?

@tune® said...

imlak mencabar weh

Kikuri said...

Whoiaa! Rupanye ada bakat terendam kau ni! Syabbas inspector sahab!

mugiwara said...

@tune - ye btol. lagi mencabar bila tak tau perkataan tu dah ada ejaan cara baru.

kikuri - bakat terendam?
hihi...jangan la bg wa tersiput siput malu~

sharamli said...

belagak