Monday, February 2, 2009

ikan keli berjalan~

hari ini aku bercuti.
semalam hari minggu. hari wilayah. jadi, cuti tersebut di bawa ke depan.
tidak seperti hari cuti yang lepas lepas, hari ini tidak banyak aktiviti atau program luar yang dirancangkan. jadi, aku bermalas malas di rumah saja. tonton drama drama yang aku tak dapat tonton pada hari hari bekerja. banyak juga buku buku yang belum habis dibaca. minggu lepas menambahkan lagi bilangan buku-baru-beli-yang-entah-bila-ada-peluang-dibaca dalam almari. walaubagaimanapun, bilangan anime, movie dan drama series untuk ditonton juga sama banyak. aku tak boleh berhenti membeli dan ia semakin parah. tak apa. pilih yang mana satu. baca atau tonton. aku pilih.
memanjakan diri dan jadi couch potato hari ini.
aku tonton brothers and sisters.
dan.
nama mesia disebut?
okie. aku boleh terima. apa salahnya nama mesia dikomersialkan dalam drama bersiri negara luar. kan?
tapi...
tioman?
gereja di tioman?
dan...
ikan keli berjalan?
aku tak tahu pun.
okey.
nampaknya aku perlu pergi tioman.
bukan nak cari gereja yang disebutkan.
aku nak cari ikan keli berjalan tu.

26 comments:

Kikuri-hime said...

Aku rasa mesti ikan tembakul, kot? yelaaa... sebab ikan tu kan slimy mcm keli and dia bole jln atas darat. Make sense ape, Tioman kan byk pantai...

Anime ape yg kau tgh tgk skang ni?

RY said...

mudah terpegaruh tv.


mesti ko ingt ada degawan kan? kan?


hehe

sharamli said...

bleh jln erk...

kotaklimasegi said...

aku pun rasa ikan tembakul ler..

huhuhu...

kene gi tioman lagi sekali ni..

Umie said...

aku rasa...dia tangkap ikan pastu dia bawak ikan tu berjalan...muahahahaha

Kapten Luffy said...

jalan pakai apa? kaki ada ker?

Unknown said...

Eh I pun ada tengok Brothers & Sisters yg ada sebut Malaysia & church at Tioman tu!! Best jugak nama Malaysia disebut dalam cerita omputeh gitu. Rasanya sebelum ni cerita Desperate Housewives (kalau tak salah lah) pun ada sebut Kuala Lumpur..tapi bila sorang lagi tanya "huh? where's that?", mamat yg sebut KL tu cakap KL kat negara lain..sah sah penulis skrip tak buat research..

@tune® said...

gua nk tgk..kalau die leh jalan konfem die leh memecut kn?

BudAk hijAu said...

pengaruh tv xpew.jgn pengaruh rakan sebaya..hehehhehehe...

mugiwara said...

kikuri - saya rasa cm belacak. tp belacak kan idup kt pantai barat. berlumpur....
skrg tgk zoku! sayonara zetsubou sensei~

razor - degawan idup lg keh?

sharamli - itu yg jd misterius tu..

arfah - kalo pegi tlg cek kan skali ek...

umie - haha....tak boleh pakai~

luffy - ntah. dorg byk tgk kartun tu...haha.

SOHO mama - ha'ah..dorg main tangkap muat jek...rupanya geografi dorg pun xhebat mana pun...hihi~

toon - nak main kejar kejar la tu...

hijau - haha~

FARYN said...

nasib baik dia kata ikan keli berjalan..kalau dia ikan keli bley terbang?hahahaha..haru..

Mak Su said...

kenapa ikan keli berjalan? peliknya, agaknya dia cakap tentang landak laut kot? konpius, konpius

Kikuri-hime said...

Oh ye ke??? Aku dah tgk yg first.. Zoku aku dah beli dvd dia, tapi belum dempat tgk.... Tgh tgk inuyasha.. Dari taun lepas tak abih lagi! Penatlaaaa....

Best tak zoku? mana best yg yg first... I have written the review on the first...

mugiwara said...

faryn - ye mmg haru...kau nk tangkap ke?

maksu - ye ke? lg pelik rasanya...

kikuri - blom habis tgk lg... byk bnda nk buat...jd tak leh ckp mana yg best...
tp watak2 n perwatakan masih sama. jalan cerita lain, dorg bkenalan semula ngan cikgu tu. tapi masih kekalkn konsep satira.

CIVIC Power said...

Beli selagi ada duit nak beli..
Teman klu cuti2 suke g Lembah Kuale.
Makan laksa dengan cendol..
Phewittt!

mugiwara said...

kuale sepetang we...
mee udang fresh die best wo~

Anonymous said...

hurm..ikan keli berjalan dalam kuali yang penuh minyak goreng sedap tak agaknya?

mugiwara said...

kau jgn buat aku tak lalu makan ikan keli lepas ni we~

kakpiah said...

musti org yg bawak ikan keli tu berjalan2..
ko phm x nih? hehehe..

mugiwara said...

apa? kak piah yg bawakikan tu berjalan?
ooo~ patutlah...baru sy paham...
haha.

@tune® said...

bukan nk main kejar²
nk masuk olimpik!!

tasekM said...

gua syak itu biawak. hahahaha...


.

Fyza d.Hana said...

rasanya org pakai kostum ikan keli kot.. erk, ade ke?

A t i Q a h said...

Ikan keli berjalan? Apakah?

mugiwara said...

@toon - harap2 boleh bwk blik pingat...

tasik - kalau betol la...sape berani g tioman lg...biawak boleh mkn org kan? haha. pengaruh tv~

fyza - ade...kamu le tu. haha.

atiqah - ntah. jom cari.

Fyza d.Hana said...

ceh.. kurang asam!!!!