Friday, May 22, 2009

periksa~

bila khabar tentang juru audit akan datang dari ibu pejabat ke tapak projek kami, semua orang secara otomatis jadi sibuk. yang tak pernah pernah sibuk pun boleh jadi sibuk.

tentang audit, akreditasi atau yang seangkatan dengannya memang susah nak diramal. aku memang tak pandai melencong. serius. sebab itulah, tahun lepas, aku ada non-conformance. syarikat nak kejar akreditasi dan iso untuk pengiktirafan. tanpa sedar keringat pekerja dikerah habis habisan. 'ini seksa orang', kata seorang staf pada tahun lepas.

aku pernah juga ikut mengendali audit sebegini. menjadi juru audit. walaupun cuma untuk bahagian keselamatan, kesihatan pekerja dan alam sekitar, ianya serupa juga dengan audit untuk kualiti yang datang ke opis kami tempoh hari. sepanjang aku mengendali sesi audit, aku dapati adalah amat sukar untuk menjadi adil. aku dapat rasakan aku jadi bias dan asyik nampak salah orang. kursus juru audit yang aku hadiri dulu pernah nasihatkan kepada semua yang bakal jadi juru audit supaya tidak mencari kesalahan tetapi lihat samada garis panduan dipatuhi atau tidak. aku tak dapat bezakan kedua duanya.

juru audit dari ibu pejabat datang melakukan sesi audit selama dua hari berturut turut. aku risau. kalau kalau aku mengulang kesalahan yang sama seperti tahun lepas. terasa seperti sedang menduduki muet bahagian lisan saja. ya, gemuruhnya terasa seperti nak ambil periksa. tapi, alhamdulillah, tidak. tidak ada lagi non-conformance. pr enchek bos memang hebat!
er....perlukah aku cerita apa yang enchek bos dah buat pada juru audit tu?
haha.

14 comments:

Kapten Luffy said...

yg ptg pandai jawab je

joegrimjow said...

mud exam ku...
rehat=blog

paiseh said...

juru audit tu laki ke pondan??

k.e.r.i. said...

satu benda yang aku perasan pada juru audit.
dieorang sangat cerewet dan teliti!

Pekerja Kontrak said...

ada jruaudit suka tembak org....

Tijah said...

apa? citer la sket...

macha_sezs said...

patot patot! hahaha

weh.ko ke mugi yang pemes dlam jiwang.cc??

julietchun said...

patut lama ko tak hapdate rupanya tgh di audit. Apa jadi wehh? Cite ko nih menggetarkan sukma la.

tasekM said...

perlu

mugiwara said...

luffy - aku tak reti. itu la masalahnya~

joe - huhu...takpe. rilek je. baca buku lagi letih sebenarnya...kan?

paiseh - apsal? itu yg jd persoalan?
erm...aku rasa kau ni macam sesuatu plak...hehehe...
lelaki je semua~

keri - mungkin taknak kredibiliti dan integriti dipersoal. tapi kalau terlampau cerewet, buat kita jadi annoy saja. kan?

dato - aku pernah kena. sekali di dahi. juga di dada. terasa dah macam sarang tebuan je, berlubang~

tijah - eh? mana bley...nnt nk guna taktik tu lagi... kalu bg tau org, dh tak berkesan~
haha~

macha - tak patot~ tak patot~
hehehe~

ah? aku? jiwang?
bukan kot~
aku tak masuk jiwang.cc pun~
;))

juliet - itu pasal la...fokus! fokus!
ngehehehe~
er..takleh cerita detail sangat, nnt orang besar sirim lak datang, naya!
hahaha~

tasik - saya tak setuju!
haha~

Rozita said...

odit oh odit!mende yg paling aku mencik dlm keje

sharamli said...

ap enchek b0s dh buat?

@tune® said...

tips...
lengah²kn die
ajak lunch tempat jauh..
konfem sesi petang die xsempat sbb sibuk nk blk

mugiwara said...

rozita - ha'ah! ini-seksa-orang tu memang btol!

sha - enchek bos kata kena rahsia~

@tune - dia dtg 2hari...
payah nk lari wo~
tp mmg kami bwk makan jauh2 pun~hehehe....