seronok bila dapat markah tinggi dan berlumba lumba menghasilkan khat yang paling cantik.
tak seronok bila terlupa atau tiada pensel khat dengan mata serong untuk menulis.
ustaz marah. walaupun ustaz jarang rotan, tapi ustaz garangnya tak menentu.
hari itu kami bernasib baik. kami tak ada pensel khat mata serong tapi ustaz tak marah marah. mood stabil untuk hari itu. entah apa yang dia makan rehat tadi.
maka, untuk menghasilkan pensel khat dengan mata serong yang baik, kau perlukan sebatang pensel yang cukup panjang dan juga sebilah pisau. pisau lipat cukuplah. dengan itu baru lah kau rasa yakin buat tulisan khat. boleh jadi kau dapat markah tinggi dan dapat satu bintang. kalau kumpul bintang dari muka depan buku khat (atau mana mana buku tulisan lain) kau boleh berlagak sikit dengan kawan kawan.
aku.
aku tak ada pensel yang cukup panjang. juga tak ada pisau. pisau lipat pun tak ada. bahaya bawa pisau ke sekolah ni, fikir aku. cuma yang ada pengasah pensel sahaja.
jadilah~
nak pinjam dari orang lain susah. mereka pun mahu guna juga.
dan aku, tanpa berlengah dan tanpa kasihan, sagat sagat mata pensel pada bawah meja mereka.
hasilnya pensel aku pun jadi macam pensel khat mereka juga. dan dapat tulis dengan cantik juga (dari mata aku lah).
bezanya, sampin/kain aku tak hitam macam mereka~