amaran : entri ini panjang dari biasa. dan isinya mungkin bosan serta tidak menyenangkan sesetengah pihak. diingatkan supaya tidak terlalu emosi kerana ini adalah apa yang aku lihat dan bagaimana aku lihat~
baru saja menghabiskan buku faisal tehrani, bedar sukma bisu. bukunya, tunggu teduh dulu aku baru habiskan minggu lepas. perlukan tiga minggu juga untuk habiskan. dan aku perhatikan ada beberapa persamaan dari segi gaya penulisan yang menjadi identiti unik dalam novel novel faisal tehrani. dalam dua novel ini, beliau mengambil satu objek besar (kapal sebagai contoh dari bedar sukma bisu) sebagai penggerak utama dan kemudian memasukkan juga elemen elemen sampingan sebagai menguatkan lagi jalan cerita. beliau mengangkat beberapa isu sokongan dalam kedua dua novel tersebut.
er...aku bukan hendak mengulas novel novel itu sebenarnya. aku cuma tiba tiba teringat -bila habis membaca- beberapa kejadian yang berkaitan tentang isu sokongan yang diangkat. isu ni mungkin ada yang tak sedar wujud dalam kedua dua novel tersebut.
satu
pernah tengok drama di televisyen lakonan que haidar dan normah damanhuri?
dimana watak que adalah seorang lelaki muda yang jatuh berahi pada wanita yang sudah selayaknya dipanggil 'mak'.
dengan kuasa tuhan, jodohnya juga dengan wanita sebegitu. tapi masih cantik tentunya.
que pernah panggil isteri 'muda'nya (hahahaha!) dengan panggilan 'sayang'. kan?
cik kapitalis pantas menyambut, "eeii....gelinya!"
dan aku pun tiba tiba meremang. rasa loya juga lah.
dua
mak risau aku rapat dengan che' moon. dan mungkin rasa pelik bila dengar aku panggil che' moon dengan gelaran 'kak'.
kata mak, "kau panggil dia kakak? kenapa panggil kakak? dia lagi tua dari mak kan? cuba panggil dia 'mak moon'~" kata mak dengan nada seloroh. "kalau dia marah, cakaplah 'mak saya tak bagi panggil 'kak' sebab mak saya lagi muda'. cuba jawab macam tu." aku cuma diam.
pernah juga cik kapitalis dan mak berseloroh tentang cari jodoh untuk aku.
kata mak,"kau orang cari lah jodoh sendiri. yang nak kahwin nanti kau orang. jangan lupa 'syarat syarat' sudah lah." 'syarat' itu cuma kami bertiga saja yang tahu.
kata aku,"kalau orang pilih yang lagi tua macam mana?"
kata cik kapitalis,"siapa? che' moon kah? jangan buat pasal weh~ nanti kita orang nak panggil dia apa? mak nak panggil dia anak pun serba salah. akak nak panggil dia adik pun serba salah."
lalu kami ketawa saja. dalam hati aku pastilah jawab, dah tentulah orang itu bukanlah che' moon. tua dia pun tidaklah lebih dari emak sendiri. patut patut lah~
pernah aku tanya perkara yang sama,"kalau orang pilih yang lagi tua macam mana?"
jawab mak. serius. "suka hati kau lah. kalau kau selera!"
aku ketawa.
tiga
aku ada bertanya pendapat beberapa kawan tentang bagaimana jika aku pilih perempuan lebih tua sebagai pasangan. mereka nasihatkan supaya aku fikir baik buruknya. mereka ada beri beberapa contoh tentang baik, tentang buruk juga. tentang buruk itu lebih banyak sebenarnya. rata rata mereka tak bersetuju.
lagipun, persepsi masyarakat dan budaya orang kita tak memihak aku untuk membuat pilihan tersebut.
empat
mak dan abah berbeza usia sejauh sebelas tahun. lebih kurang begitu juga dengan seorang kawan cik kapitalis.
cuma bezanya ibubapa dia dan ibubapa kami adalah siapa yang lebih tua.
mak kami muda sebelas tahun berbanding abah kami.
bapa dia muda sebelas (lebih kurang) tahun berbanding ibu dia.
persamaan mereka. perkahwinan mereka tetap bertahan. ermm...lebih lama dari sambutan jubli perak tv3.
dalam kedua dua novel itu, watak perempuan adalah watak utama. dan kedua dua mereka berkahwin dengan lelaki sebaya anak atau adik mereka.
dulu. aku ada membeli sebuah novel yang aku sendiri belum baca sehingga kini. kata cik kapitalis, buku itu mengarut. dia tak suka kerana watak murid lelaki tersebut bercinta dengan guru sendiri.

*****

aku rasa tak salah jika aku suka pada perempuan lebih tua dari aku. aku bukan jadi 'anak ikan' pun. dan aku juga bukan pilih yang usianya dah hampir sama dengan atau lebih tua dari mak aku sendiri. kalau janda sekalipun, aku akan pilih janda berhias~ hihihihi (ada orang masih tak faham istilah sebenar 'janda berhias' rupa rupanya~)
perhatian : mak, orang pun ada taste juga lah~
hihihi~

22 comments:
cari janda kaya la!!!
neway..kene ubah persepsi orang skang nih
suke yg lebih tua xsalah..
pompuan leh jer pilih yg lebih tua...duda..xsalah pon...
samakn?
aku rasa x blh
hehehe
jangan buat pasai la weh.. nak mampus ka???
rare betul selera lu... janda-janda.
yang itu kau kena tanya hati. jangan tanya orang.
aku pernah bercinta dengan yang lebih tua. masa zaman sekolah lah. sebab tu sekarang aku dah tak percaya kakak angkat ni. haha!
memang panjang bro.... penat membaca...
cinta tak kenal siapa,hadir tanpa dipaksa...
yg penting persefahaman dan tolak ansur.
aper aku nak komen nih...
maksud ko lebih tua dari ko nih 1-5 tahun lebih tua..? atau 6-15 tahun lebih tua..?
tapi pemikiran manusia mmg berlainan...
dan aku tgk kawan2 aku yg lelaki couple/kawin ngan wanita lebih tua (2-5 thn) dan kawan2 wanita yg couple/kawin dengan lelaki lebih muda (2-5 thn).. bahagia jer..
yg penting penerimaan dan kematangan seseorg..
ader jugak org kata umur itu hanya angka sahaja..
so, up to you to decide kan..
Mak aku peasn, kalau beli kereta jgan beli second hand... Nyusahkan aje!

tak sabau den nk tgk awek kau..haha~ aku support ko ngn jande kaye..leh open table kite kanpai.. \0/
market janda lg tggi sjrg dr ank dara..
kecewa daku..
sob..sob..sob.. :P
nk kawen?
ko baru minum kopi janda eh?
ahhahaahahaa
@tune - itulah...mesti kena ada org yg brani nk mulakan...
er..que haidar n aidil zafuan (ke zaquan ek?) dh mulakan~
luffy - konservatif!
fyza - hahaha.....jangan we...jangan~
paiseh - janda berhias takpe we~
addy - ye kena tanya hati...
tapi kakak angkat tak sama dengan isteri tahu?
dato - hihii...ada lagi contoh2 yg tertinggal sbnrnye~
juliet - ada juga yang memahami~
thanx!
arfah - akhirnya, semuannya bergantung pada keputusan sendiri juga kan?
akibatnya pun sendiri yang akan tanggung...
yang penting redha Allah dan ibubapa~
kikuri - itulah yg kawan2 nasihatkan~
ermm....pening dh ni~
nas - siot kau! aku setia ngan lolly je~
lolly, saya sentiasa sayang awak~
farie - erm...ye keh? duda pun rating yg sama kan?
kesian orang bujang, dapat yg bekas2 je kan?
sha - takde la~ lama lagi~
faryn - hahahaha!!!
kalu aku dh minum kopi janda, aku selera kat duda la plak nanti...
er...tak pun anak ikan..
euuww~
aih...dah ade calon ke? :P
janda?
haa~
hehehe~
aku tak berani nak komen.
janda pun janda lah. janji aku merasa nasik minyak. bila nk kenduri nih...? :p
.
klu dah jodoh tak ke mana.
tp, jika di beri pilihan..lebih isteri yang muda, senang nak di bimbing. suami kan ke ketua kelas..oppppsss ketua rumah.
tu pndpt sekupang akak!
hehe
cari je
pastu pomot
konpem sukenyee
Ya betulll..ada "taste" haaaa..
Ada jugak sedara yg kahwin dgn wanita lebih tua. Masa mula2 kawin tak nampak beza..dah lebih 20 tahun bersama, baru nampak siapa lebih tua. Rasanya kalau lebih tua setakat 2-3 tahun, ok kot. Kalau tua 5 atau 7 tahun..lama2 ketara jugak.
Yg pentingnya..perkataan "tua" tak semestinya bermaksud "takde taste" & "tak berhias" kan :D
aimi - mana de lagi la~
macha - takpe. cakap je...kalau sakitkan hati, aku buat tak tahu saja~
tasik - lama lagi a kak tasik~
rozita - hahaha....saya asik jadi class rep. je dulu...kena paksa~
joe - pomot? pomot kat sape lak?
soho mama - ok pe taste ni~ tp tu la...takkan la nk pilih yg brjarak sgt...berpada2 la...kan?
Post a Comment