Wednesday, February 16, 2011

sehat!

demam teruk ketika cuti raya cina yang lepas.

barulah tahu betapa nikmatnya bercuti dalam keadaan sihat.
banyak perkara yang tak boleh buat dengan gembira.

tak boleh makan makanan yang sedap dengan kuantiti yang banyak. erm...perlu ganti semula skipped meals sepanjang minggu itu.
tak boleh bersiar siar. ooh...itu bermakna tak boleh cuci mata dengan pemandangan yang indah indah. maka aku kena cari kesempatan untuk menikmati semua itu.
tak boleh tidur dengan lena. suhu badan yang tak mahu bertolak ansur dengan suhu bilik, batuk yang menyakitkan tekak dan menyesakkan dada. tu antara faktor faktor menyumbang kepada tak boleh tidur lena [sebenarnya sejak beberapa bulan lepas aku amnesia...er? amnesia? salah. insomnia sebenarnya. dan masalah itu berlarutan sehingga sekarang. kadang kadang saja dapat tidur dengan waktu normal dan dengan lena]
juga tak boleh menyakat orang. sekarang bersiap sedialah semua...

sebab aku dah sehat!

1 comment:

Umie said...

Alhamdulillah dah sihat semula tapi sbb ko dah niat nak nyakat org lps nie, so aku syak ko akan sakit balik...hahaha