Friday, February 18, 2011

mutasi~

tempoh hari ternampak seekor cicak belakang mesin basuh sebelah tandas.

cicak besar!
bukan cicak komodo. bukan!
ni spesis cicak yang gemar menginap secara percuma di rumah rumah kos rendah dan sederhana. [rumah orang kaya ada tak?] tapi aku syak cicak ni cicak yang genetiknya telah bermutasi. mutan kata orang orang yang belajar tinggi.


mana taknya. besar bukan main. sampai tergamak makan lipas! saiz kepala saja dah sama macam penutup botol air mineral 500ml berharga rm1.20 di kedai berhawa dingin yang beroperasi dua-puluh-empat jam.besar kan? ha....tu baru kepalanya. badannya? ekornya? anunya? err..anu...kakinya maksud aku...
haa....ngeri tak ngeri sangat la kan tapi ngeri juga lah kalau dibayangkan makhluk cicak mutan tu membiak dengan banyak dan mula menyerang homo sapien satu hari nanti.
wah! pengaruh tv sungguh kuat ni!

bila cakap pasal cicak mutan ni aku teringat pula tentang tikus sebesar anak kucing kat satu kedai makan di kawasan cheras. ya....tikus tikus pun sudah mengalami mutasi.

jadi....aku syak, tak lama lagi akan ada hero hero bawah tanah bercengkerang yang mahir menjadi ninja untuk menyelamatkan dunia dari serangan cicak cicak dan tikus tikus mutan itu.

Wednesday, February 16, 2011

sehat!

demam teruk ketika cuti raya cina yang lepas.

barulah tahu betapa nikmatnya bercuti dalam keadaan sihat.
banyak perkara yang tak boleh buat dengan gembira.

tak boleh makan makanan yang sedap dengan kuantiti yang banyak. erm...perlu ganti semula skipped meals sepanjang minggu itu.
tak boleh bersiar siar. ooh...itu bermakna tak boleh cuci mata dengan pemandangan yang indah indah. maka aku kena cari kesempatan untuk menikmati semua itu.
tak boleh tidur dengan lena. suhu badan yang tak mahu bertolak ansur dengan suhu bilik, batuk yang menyakitkan tekak dan menyesakkan dada. tu antara faktor faktor menyumbang kepada tak boleh tidur lena [sebenarnya sejak beberapa bulan lepas aku amnesia...er? amnesia? salah. insomnia sebenarnya. dan masalah itu berlarutan sehingga sekarang. kadang kadang saja dapat tidur dengan waktu normal dan dengan lena]
juga tak boleh menyakat orang. sekarang bersiap sedialah semua...

sebab aku dah sehat!