semalam makan piza dominos.
nak cuba menu baru. sensasi udang. dalam gambar promo nampak macam meyakinkan. lagi pun kesian dengan cik botani. setiap kali kami makan makan piza domino, dia selalu tak ada.
pesan saiz biasa ja untuk piza sensasi udang tu. sebab masih dalam tanda tanya lagi dengan keadaan udang tu. adakah memuaskan nafsu atau gambar adalah sekadar hiasan sahaja. kalau pizza hut ke kepsi ke, memang hampeh. err....ni kata cik kapitalis.
dan bila tiba masa makan, dah buka kotak, nampak udang tergolek golek.
oke. tak lah besar macam udang galah tapi agak besar dan banyak juga lah. tapi tetap tak memuaskan hati dan nafsu makan. patut pesan saiz besar. ni, sekejap ja dihabiskan cik kapitalis. haih~
gambar?
tak sempat.
dengan mak kutip udang dulu, dengan cik kapitalis gelojoh, dengan aku lapar macam setahun tak makan.
dah tak ingat dah benda benda lain selain piza...
1 comment:
lama x singgah sini
Post a Comment