Friday, April 16, 2010

rasa macam ninja dah~

tiba tiba teringat waktu tinggal di asrama dulu.
aku ikut kawan kawan 'fly'. panjat almari dan buka jaring yang dipasang atas frame tingkap. [sila bayangkan tingkap sekolah macam mana]. dah buka jaring tu, turun ke bawah dengan pijak batang batang besi pada tingkap dengan perlahan lahan dan berhati hati. jangan hasilkan bunyi yang kuat. tak berbunyi adalah terbaik.

itu masih di tingkat satu. belakang dorm kan ada macam beranda~

kemudian jalan perlahan lahan ke belakang tandas [boleh ja nak keluar ikut tandas, tapi licin lah pula] untuk turun ke tingkat bawah.
pergh! thrill!
pertama kali turun ikut paip, rasa macam ninja!
ada tangga juga. tapi mengada ngada.

betapa sanggup bersusah payah nak menyelinap keluar malam malam yang sepi dan dingin semata mata nak makan roti mayonis yang gila sedap di benteng ampangan pada masa tu.

ketahuilah.
bila aku cerita pasal makanan, itu bermakna aku adalah sangat lapar walaupun baru saja dua tiga jam tadi makan nasi setengah pinggan.

oh ya! setengah lagi adalah lauk dan sayur....

5 comments:

FARYN said...

lapar...haahaha

Mak Su said...

mmg sohih ;)

Aizuddin Jaafar said...

Kau nak cakap kau makan sayurlah ni? Aku dulu rompak koperasi sekolah. Nyaris nak masuk metro.

RY said...

makan tak baca bismillah ke? lalala

mugiwara said...

faryn - drooooooool~

maksu - drooooooool~

si aiz - bukan la....aku nak kata, roti mayonis kat benteng ampangan tu sedap~
drooool~

razor - adeh!