aku terbaca dalam facebook.
katanya.
manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
tapi aku suka keadaan yang menyeronokkan. dan tiba tiba teringat masa sekolah dulu selalu dengar orang kata, suka apa yang kita buat bukan buat apa yang kita suka. konon konon dijadikan kata kata untuk motivasi.
cuma.
aku fikir tak salah kalau mahu buat apa yang kita suka selagi tak salah. bukankah semua manusia ada minat yang tersendiri. aku sendiri kadang kadang marah diri sendiri kerana memaksa diri untuk suka apa yang aku buat. bila rasa terpaksa, tak ada rasa suka dan seronok.
lain orang pula kata.
tak semestinya apa yang kita suka tu akan beri manfaat pada kita.
kita boleh suka tapi tak boleh terlalu ghairah. nanti akan kecewa.
entahlah....
kena tepuk dahi, tanya otak.
[kuat kuat sikit! eh! jangan tepuk dahi aku. tepuk dahi sendiri!]
mungkin satu masa nanti pandangan aku tentang perkara ni akan berubah. mungkin lah.....
11 comments:
kompilakted gila babi punya falsafah!
sy setuju. cthnya sy terpaksa belajar n bekerja dlm bidang yg sy tak minat sbb pasaran n kehendak industri. cheewah.
tepuk hati tanya rasa.. janji gembira.. fokus ke tak fokus.. yg utama apa yg kita mahu itu lebih penting..
Falsafah aku.
Buat apa yang difikirkan terbaik untuk dibuat.
Dan buat jahat jangan sampai kantoi.
falsampah yg best...
online sampai pengsan...
lari tajuk kot..kah kah kah
Kadang otak akak memberikanjawaban yang sama sekali tidak tepat.
Nak kena brain wash gamaknye ye
aku tak berapa nak suka kerja sekarang, tapi bertahan jugak setahun lebih.
ada kena mengena dengan entry ko tak?
Aku akan buat perkara yang aku suka walaupun orang lain kata itu tidak baik. Hidup aku, aku nakhodanya.
Tapi, oleh sebab tuntutan materialistik, kita selalu di pasakkan untuk membuat perkara yang kita tidak suka dengan alasan menjamin masa depan misalnya.
Kita perlu pula sesuai apa yang kita suka supaya masyarakat juga suka. Jika itu, kita hidup untuk orang atau diri sendiri?
P/S: Gambar bendang tu ambil dekat mana?
memeningkan...
dua dua pun okay..asal happy
paiseh - kan?
puding - haha...
iina - ermmm...oke. fokus fokus...
si aiz - wo! tibe tibe terpikir nak buat jahat.
faryn - tah. half2 kot lari...
kak lily - haha. kena cari alien
keri - aku pun kena bertahan juga
peipan - aduh. hidup tuk diri sinri kira pentingkan diri tak?
bendang kat sekinchan...
p/s: dh private blog ke? cane nk masuk?
~0~ - kalo simple sangat nnt bosan. hehe...
atiza - tapi kita kena buat pilihan satu je kak
Post a Comment