Friday, February 19, 2010

kenduri adalah menyedihkan~

tahniah buat sepupu aku yang bakal jadi isteri orang esok.

takziah buat keluarga nas yang baru kehilangan seorang ahli keluarga tersayang. al-fatihah.

bila ada kenduri ramai yang seolah olah [maaf kalau offensive] memaksa teman teman rapat atau saudara mara untuk datang. lebih lebih lagi kenduri kesyukuran atau perkahwinan.

aku ialah orang yang tak rajin pergi majlis kenduri. kecuali jika betul betul aku rasa berbaloi untuk pergi [maaf kalau offensive] atau ada orang yang bawa aku pergi. entah. perangai pelik ni, aku sendiri pun tak faham macam mana boleh wujud dalam diri aku.

kata orang, kalau kau tak pergi kenduri orang, orang pun tak mahu pergi kenduri kau nanti.
kata mereka. nanti kau kahwin, tak ada siapa nak pedulikan. nanti kau mati, tak ada siapa nak uruskan.
tapi pada aku, kenduri kahwin atau kenduri arwah yang dibuat sekarang lebih membebankan tuan rumah saja. kesian. itu yang aku rasa [walaupun rasa kesian juga pada makanan yang dibazirkan kerana aku tak datang].
kenduri sekarang mana mahu buat kecil kecil, cukup syarat saja. nanti apa orang kata. 
itu sebenarnya yang dirisaukan mereka. kiasu.
[dan mulut mulut jiran jiran yang macam gamp*** ni memang betul betul membencikan!]

aku cuba bayangkan.
orang yang baru mahu mulakan hidup. tapi terpaksa berhabis untuk menggembirakan orang lain dan terpaksa senyap senyap mengeluh sendiri [senyum depan semua orang] kerana memikirkan kos sara diri selepas ini. mungkin ada yang kata, itu adalah apa yang sepatutnya kau dah fikir sebelum kahwin. kalau tak mampu kenapa nak buat yang besar besar. [tunding jari]
ada juga tetamu yang menghulur. tapi kemudiannya bertanya, patutkah tetamu yang menghulur sedangkan kenduri kahwin ni memang untuk menjamu. ini dah macam pergi restoran, makan dan bayar!
entahlah~

dan aku cuba bayangkan juga.
orang yang baru kehilangan. sumber pendapatan akan berkurangan. mungkin tiada langsung. tapi kerana mahu menjamu tetamu atas rasa hormat pada tetamu, dan adat melayu tak biarkan tetamu lapar katanya. maka, bersama kesedihan yang masih belum hilang, kenduri diadakan dan orang ramai [baru mahu] datang. entah ada entah tidak orang yang menghulur. sedangkan mahu gali kubur pun perlu berbayar. 
entah siapa sanggup galikan percuma atau merewang bergotong royong seperti di kenduri kahwin. bawa buah  tangan pun belum tentu, inikan pula hadiah. [bawa hadiah pergi kenduri arwah kan gila namanya].
entahlah~

13 comments:

Tijah said...

cer buat kenuri mkn dlm talam...misti kena kutuk 7 keturunan. padahal sunah tu. hishhh!

julietchun said...

kalo buat akad nikah dan doa selamat saja makan akan timbullah mcm2 citer mistik yg cukup dramatik,org kita gitu ler.

kotaklimasegi said...

tu aku ader terfikir nak buat kenduri kawen tak payah nak bagi goodie2 bag bagai..

tapi nanti dengar ler org kampung cakap aper.. haih.. ngungkit sampai 20 tahun tuh..

kotaklimasegi said...

tu aku ader terfikir nak buat kenduri kawen tak payah nak bagi goodie2 bag bagai..

tapi nanti dengar ler org kampung cakap aper.. haih.. ngungkit sampai 20 tahun tuh..

Mak Su said...

suami maksu berfikirn mcm mugiwara jugak... tapi maksu fikir, terpaksa akur atas alasan hidup bermasyarakat.... pernah ada orang sounded kat maksu, kalau kau tak pergi kenduri orang, nanti orang tak pergi kenduri rumah engkau. ingat maksu, engkau tu ada 4 anak prempuan.

hhmmmmpphhh :(

Rozita said...

kenduri itu umpama bersedekah. mmberi org makan..
pikir le +ve...insya-allah, tkde membebankan sape2..

k.e.r.i. said...

berbalik kepada niat ; ikhlas ke tak.

sharamli said...

sama macam ustaz kat sk0lah dulu..dy ckp 0rg skg da ikut adat..
pegi kenduri kena bayar..pergi tgk 0rang mati dapat duit...
aish...

sharamli said...

sama macam ustaz kat sk0lah dulu..dy ckp 0rg skg da ikut adat..
pegi kenduri kena bayar..pergi tgk 0rang mati dapat duit...
aish...

HaNiM JeFF said...

sebagai seorang wedding planner..sifu amat marah membaca post kali ini..kerana akan menyekat periuk nasik..post ini berunsur hasutan~~~ ;-p

mugiwara said...

tijah - tak lalu nak makan kalau tengok kuku orang tu hitam....

juliet - haah. ada je nak buat cerita.

arfah - orang dulu dulu camtu juga ke agak2nya?

maksu - bukan tak boleh buat langsung. tapi buatlah ikut mana yang mampu.

rozita - baiklah. positif!

keri - ya. niat dua dua pihak. yang beri makan dan yang datang makan. kan?

sha - pergi tengok orang mati dapat duit?
tu dah macam cina mati je. bayar untuk orang yang nangis nangis....

sifu - ala sifu...cakap la macam mana pun...orang kita ni mesti nak ada kenduri kendara juga. jangan risau. semoga bisnes maju jaya!
hihihi~

The Spiral Eyes said...

menurut sunnah ,orang yang hidup apabila ada berlaku kematian hendaklah kita orang orang ini menghantar makanan ke rumah si mati atau memberi apa apa untuk menghiburkan keluarga si mati bukan membebankan mereka

mugiwara said...

pasa - ye. itula yang aku pikir