Thursday, January 14, 2010

percuma~

semalam.
kalau pergi kenirok, pesan satu set ayam, boleh dapat lagi satu set percuma. syaratnya cuma pakai pakaian berwarna merah. aksesori kecil kecil pun boleh juga.

kata cik kapitalis lah.
lalu, apa nak tunggu. aku terus ajak dia. sambil berharap dia akan belanja.

pergh!!!
berderet orang beratur masa kami sampai. pakai baju merah masing masing. paling koman pun pegang telefon bimbit merah. yang penting masing masing ada warna merah. aku syak, kalau tunjuk mata merah pun dia kata boleh. [ketawa]

aku pakai baju merah tapi tutup dengan sweater [kalau boleh dikata begitu] warna lain. konon konon, bila orang tu kata tak boleh dapat percuma satu set, baru lah tunjuk baju merah. [ketawa]

tapi dia tak tanya pun mana baju merah aku. terus ambil pesanan. mungkin masa bayar kot...eh? tak adalah sampai kecewa dia tak tanya.

tapi memang dapat percuma satu pinggan. walaupun kami tak tunjuk apa apa yang warna merah.
serius.

dan semua orang macam kena paksa makan set itu saja.
aku syak, bila orang nak makan spagetti, dia akan kata 'not available today'.
aku agak saja.

7 comments:

tasekM said...

kenirok..? ha ha. aku suka singkatan tu...

merah? ai like~

Fyza d.Hana said...

pakai gincu merah pun boleh kan..

er.. inai merah? wahahahahaha..

sharamli said...

kal0 0rg peri0d b0leh x?

Nas said...

nape x bgtau awal!!!

Rozita said...

huh..kalu pakai spender kaler merah, kena tunjuk jugak..
mujur dia tak mintak tengok kan..

k.e.r.i. said...

aku baru nak komen pasal kaler spender, cik rozita dah komen kat atas ni.
hahaha

mugiwara said...

tm - sila pakai yg merah myala dari atas ke bawah, luar dan dalam k.
kikiki...

fyza - boleh boleh...kikiki..

sha - kalo bleh buktikan, xde masalah kot...
:p

nas - ops! sori~

rozita - tunjuk sipi sipi. ujung ujung je la...

keri - ko tunjuk boxer la plak...
:p