Friday, January 22, 2010

baik buruk~

dalam minggu ini...

1. enchek pengawas asyik bagi kerja ketika lima belas minit lagi mahu tamat jam bekerja - tak baik
2. enchek bos dah kurang marah marah - baik
3. dapat jumpa dan berbual lama dengan kawan kawan yang lama tak berhubung - baik
4. kereta cik kapitalis rosak di parking basement sunway pyramid...[keluh] - tak baik
5. jumlah perbelanjaan dari satu haribulan sehingga kini mencecah hanpir lima ribu? - baik?
6. sakit bahu tolak kereta cik kapitalis yang rosak di parking basement sunway pyramid - tak baik
7. tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa rasa mengantuk - baik
8. malas mahu pergi ofis pagi pagi dan berjumpa dengan orang yang tak mahu dilihat. rasa mahu cuti saja seminggu ini - tak baik
9. dagu berdarah akibat penggunaan alat senaman secara salah - tak baik
10. sudah berani menakutkan dengan mengugut membaling batu pada anjing - baik

banyak lagi sepatutnya....tapi kerana terlalu teruja dan gembira, aku tak dapat berfikir secara waras. perlu tenangkan diri agaknya.

7 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Dapat update blog. baik

sharamli said...

baik ke?

HaNiM JeFF said...
This comment has been removed by the author.
HaNiM JeFF said...

salah guna alat senaman?apakah itu??

no 10 paling lucu~~ [terbaekkk]

mugiwara said...

si aiz - ye memang baik~

sha - baik la~ nape tak baik pula~

sifu - hahahahahaha~

hyde said...

ko jeles dengan kerol kah??

mugiwara said...

tak perlu jeles ngan dia~