Tuesday, December 8, 2009

matang~

selepas belanja kami makan sup daging, air avocado berperisa durian dan mangga berperisa coklat, kata faizal william [kalau betul ini ejaan namanya] pada aku,

'go and travel my friend. just like what quran said. then you'll see what exactly life's offering you to grow up'

kata kata itu dan nasihatnya sepanjang malam yang singkat itu membuatkan aku membuka mata dan berkata pada diri, 'oh~ begini rupanya kehidupan. ya! sangat jelek!'
lalu aku juga teringat pada kata kata yang aku selalu ucapkan pada rakan rakan yang melangkah ke usia baru.
'grow up, don't just grow old'
kali ini, kata kata itu membawa erti lain pada aku. rupanya rupanya aku masih belum tahu apa itu 'kematangan'.

banyak juga dia bercerita. tentang bali.

mungkin aku akan ceritakan kembali kemudian.

perhatian : penerbangan kami pada jam enam pagi. pukul tiga pagi nanti akan bergerak dari hotel. mungkin tidak tidur malam ini.

7 comments:

puding roti said...

kt bali nnti jgn lupa belikan pario corak bunga pink tanah hitam :)

Mak Su said...

eh wah....

julietchun said...

ko mandi kat sana nanti pakai treksuit ke weh?hahahahahaha

mugiwara said...

puding - sebenarnya sudah balik dari bali. ini adalah entri ketika di bali....
maka, pesanan itu tak dapatlah nak ditunaikan.
huhu~

maksu - ewah ewah~

juliet - hahaha~ tak berani nak mandi weh!!!

Tijah said...

ahhh. misti ada buah tgn utk patne tu kannn?

(patne sedang bajet gembira nih...)

mugiwara said...

tijah - erk! ni yg nk nyorok nih~

hyde said...

akulah antara y bakal mendengar cite itu sebagai tauladan kan? (berlari mendapatkan kerol n pas baton pada kerol)