Thursday, August 20, 2009

kalau~

dulu.
bapa angkat aku pernah pesan.
tanam 'kalau' dari benih. jangan biar sudah tumbuh jadi pokok baru ber'kalau'.
aku pun tak faham maknanya waktu mula mula dia pesan malam tu. tapi aku angguk angguk juga lah kepala. yalah. tak mahu pula nanti kata nya aku ni tak tahu bawa diri.
nak sedap kan hati orang tua. lalu aku bisik pujuk diri sendiri, tak apa. satu hari nanti kau akan faham juga, mugi. jangan susah hati.
waktu tu aku fikir begitu dengan harapan 'satu hari' itu belum terlambat lagi dan tidak perlu berkalau lagi.

*****

kalau lah aku hidup lebih lama...
kalau lah tiba tiba ditakdirkan esok aku sudah pergi...
kalau lah aku ada kuasa penyembuhan ke, immortal ke...
kalau lah dengan kuasa Nya diuji aku seperti nabi ayub...
kalau lah kerajaan aku sebesar kerajaan nabi sulaiman atau harta sebanyak qarun...
kalau lah hidup aku melarat di tepi jalan...

*****

kalau aku hidup seribu tahun lagi, adakah aku akan hanya mengumpul lebih ramai musuh.
kalau aku mati esok hari, adakah aib aku tersimpan selama lamanya.
kalau aku sihat selamanya, adakah aku faham susah senang orang lain.
kalau aku sakit tak henti henti, adakah aku bersyukur dan tak putus harap dengan ketentuan.
kalau aku kaya raya, adakah aku masih direstui dan diberkati.
kalau aku papa kedana, adakah aku cuma meminta belas tanpa mahu berhempas pulas.
kalau aku berjaya, adakah aku masih berpijak di dunia nyata.
kalau aku gagal, adakah aku akan mencari alasan.

*****

hari tu.
ketika penerbangan ke sabah
kata gadis yang duduk di sebelah yang beri upah dua biji cokelat berperisa kopi pada aku kerana temankan dia berborak [aku syak],
"nak ikutkan 'kalau' sangat, gajah pun boleh terbang!"

aku.
senyum dengan tanda tanya dalam kepala.

17 comments:

@tune® said...

kalau tuh untuk orang yang tidak pernah bersyukur...

Paan said...

Wah! Quote best tu! I suka!

hyde said...

dol, jom, ke jalan yang lebih diredhai..

Nas said...

kalau lah kalau tak wujud~
adekah kite akan selalu berkalau kalau~

sharamli said...

k
a
l
a
u



























































































































































xde pape la..

paiseh said...

kalau la tak kalau~

mugiwara said...

@tune - janganlah hendaknya aku jadi orang yang tak bersyukur~

paan - sila gunakan sesuka hati. haha.

hyde - aku terharu bila kau ajak cam tu.
psst...btol ke? bukan lagha2? hihi~

nas - tp cuba pk. sejak bila kita sebut kalau?

sha - kalau nak kena lempang....


hihihi~

paiseh - kalau lah kan?

puding roti said...

owh..entri yg gemuk dgn makna

;) (tetiba specchless). hee

Rozita said...

kalau..emmm...kalau...

mugiwara said...

puding - dah gemuk? jangan gelojoh sangat~
hihi~

rozita - macam budak2 takut nk mintak duit ngan bapak. hihi~

Water Lily said...

Kalau, setuju dengan pandangan tune.

Asyik ber'kalau' tak pernah bersyukur namanya.

Salam Ramadhan Mugi. Harap suatu hari kita bertemu di Maskara. T/kasih kerana sellau ke blog akak.:)

julietchun said...

ko pasti gula2 tu hanya 2 biji? "Kalau" lebih lagi bagus,hehehe.

julietchun said...

kalau line tenet ok je aku taklah geram camni,haihhhhhhh.

tasikmerah said...

betul juga kata budak yg bg cokelat tu...



:)

kak wos said...

bila sebot berulang kali ayat 'kalau' nih..
rasa cam pelik lak..
hehehehe...

julie^beth said...

kalaulah ko ikut ke camping haritu, mesti lagi best

mugiwara said...

lily - hihi...kadang2, nak elak guna kalau, saya guna jika.
tapi bukan ke sama saja?
erm...

salam ramadhan.
selalu teringin nak g maskara, tapi ada saja segannya..hihi~

juliet - ish! jangan tamak~
hihi...dalam hati sebenarnya nak lagi...

juliet (lagi?) - sabar2...tanda2 bulan puasa dah sampai tu~
hikhikhik..

tasik - jiniyes kan budak pompuan tu?

kak wos - sebut berulangkali tu macam sebut byk kali dengan laju2 ke?
pelik..pelik...

julie - huwaaa~