Saturday, September 26, 2009

pura pura~

pak anjang duduk di kerusi ketika itu. pak chik duduk atas lantai. sebelah kerusi yang pak anjang duduk. pak andak sedang cuba 'mengubat'. ada depan musa dan sepupunya. sudah macam menonton expose mistik secara live pula. masing masing dengan perasaan yang bercampur campur. bukan selalu dan bukan semua orang berhadapan dengan situasi mistik atau ala ala seram seperti itu. jadi, semua orang diam diam saja. biarkan pak andak usahakan apa yang patut patut untuk buang entah apa benda dan masukkan dalam botol.

yam, musa dan sepupunya masing masing berbisik, susah mahu percaya ada benda dalam botol yang nampak kosong itu. dan kemudian diam diam semula. cuak mungkin.

tak lama kemudian, pak chik macam orang naik 'seh' sebelum jerit menyergah! masing masing dah cuak. sepupunya sudah berdiri bulu roma.

musa mahu cakap sesuatu pada sepupunya. tak jadi. tapi kemudian dia hulurkan telefon tangan pada sepupunya dengan mesej
'pak anjang tak terkejut ke tadi?'
sepupunya tengok muka pak anjang. tak ada perasaan. lalu balas.
'atau sebenarnya dia pura pura cool [angkat angkat kening]'

mereka sengih sengih sendiri. dah tak jadi nak rasa seram.

10 comments:

aliaaroslan said...

boleh pulak.. tak berani nak bisik, taip kat henfon.. memang sains n teknologi btul

Aizuddin Jaafar said...

bijak betul. mengata depan2 tapi tak dikesan. hebat

sharamli said...

0rg bisu p0n xwat cmtu..

@tune® said...

aku part mistik mmg penakotttttttt

mugiwara said...

julie - hihi...alternatif tu...

si aiz - haha...lebih hebat bila hulurkan henfon pada orang sebelah bila orang yang dikata tu betul betul kat depan.
muka kena inesen~

sha - sebab, kalau diorang cakap gne bhse isyarat pun, orang len blom tentu bleh paham...

@tune - wa pon! wa pon takot!

Fyza d.Hana said...

cube tgk perati betul2.. muka cam takde perasaan.. tp bontot da beralih ke kerusi sebelah.. hehhehhe...

tasekM said...

hantu dah keluarlah kata....

mugiwara said...

fyza - beralih ek? tak pasan~
haha~

tasik - nak sambut raya dan kemenangan bersama...ahaks~

hyde said...

mugi, nape x citekan pasal sms y ko bg aku tu? nak aku paste kan kat sini tak?
muahahahaha

mugiwara said...

haip!
diam diam sudah!

hahaha~