Friday, August 14, 2009

pemalas~

bila sudah ulang alik ke rumah, sudah tiada alasan untuk tidak kemaskan bilik.

entah mahu mula dari mana?
bilik tidaklah sebesar mana. besar sikit dari kangkangan kera.
mungkin.

entah mahu mula dari mana?
untuk mula yang jadi malas. kata kata semangat untuk diri sendiri perlu booster dengan dos kadar tertinggi baru menjadi.
kerja isnin hingga sabtu dari jam lapan hingga lima pula jadi alasan. itu belum lagi ditambah aktiviti luar dengan kawan kawan dan kawan kepada kawan dan kawan kepada kawan kawan dan....
lelaki kan? alasan memang tepu dalam kepala. [hikhikhik~ mungkin aku saja. lelaki lain baik~]


haih~


modus operandi [dekor bersama mugi] untuk kemas bilik.
1. tilam untuk alas tidur hari hari. dan tempat bermesra dengan lolly jika dia pulang bercuti. digulung setiap pagi tanpa gagal dan diselit antara almari dan ampai kecil [tempat sangkut selimut dan sejadah]
2. buku sudah penuh. membuak buak hampir muntah. menunggu masa untuk dipindahkan ke almari baru. yay~
3. buku buku ketika belajar dahulu. patut simpan dalam kotak tapi sayang. lagipun senang kalau kalau kena semak semula formula formula. [konon!]
4. almari baju. sudah kemas. serius!
5.sepatutnya barang barang di nombor 8 berada di almari ini selepas di lap. sudah berhabuk dan bersawang! haih~
6. majalah lagha dan ilmiah. sudah bercampur. kena susun ikut tajuk dan genre semula!
7. beg yang aku ambil secara paksa dari cik artis buat bawa pergi kerja hari hari. perlu cari tempat untuk gantung.
8. hadiah hadiah dari kawan kawan sepanjang belajar lima tahun (lima?) yang sudah bersawang dan sepatutnya di bersihkan tahun lalu. [keluh]
9. komik dan manga sudah penuh. tak tahu mahu susun macam mana lagi. manga bakal bertambah tak lama lagi... [peluh]
10. khas tempat simpan manga one piece. macam kotak harta karun juga lah ni. sudah sentiasa kemas. hehehe~
11. barang barang lepas travel. brochure, tiket, tisu, sabun hotel dan lain lain. entah nak sorok mana ya?
12. surat surat hutang. campak saja mana mana. menyampah!
eh? tak boleh. nanti cari lah fail untuk sumbat surat surat ni.
13. slip gaji dan kertas kertas kerja yang dah superseeded yang patutnya boleh dibuang tapi sengaja simpan untuk buat kertas conteng. tak mahu buang lagi. patut simpan dengan elok. selepas conteng baru buang.

entah bila aku berjaya mengemas ya? ahad ini pasti tak boleh. kalau aku tak pergi kerja pun, ada aktiviti camping menanti.
hihihi~

19 comments:

Deana Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Deana Ismail said...

Kawan aku selalu upah maid indon tolong kemas umah dia every weekend... Kau tak nak try ke?... Sejam lbh krg RM 30 /hr....



P/S-
Lolly? Ape or siape tuuu???!!


Kikuri

hyde said...

manga2 pas kat aku dol!!

sharamli said...

tgk p0n dah rasa mls...
abeh la k0...xterkemas dh ku jamin..memang semak cmni la..abeh la..hua3

Aizuddin Jaafar said...

koleksi one piece anda boleh pos kan kpd sya jika x mahu. hahaha.

oh ye, aku bkan lelaki pemalas ok. (buat muka ikhlas)

Unknown said...

Yahhh masa untuk spring cleaning..!! Kena tgk cara org mengemas jugak..stgh2 org (mcm my father), nostalgia sikit so byk brg dia nak simpan..bertimbun jugak akhirnya. Mcm I, sonang jo, rasa dh tak pakai dah..terus buang..

kotaklimasegi said...

aku jenis sgt syg nk buang brg2 aku.. sentimental value lah..
mana tahu satu hari nanti nak guna lah.. nak rujuk balik.. itu lah ini lah..

dan satu hari yg hening aku mengemas dgn pejam mata..
clear bilik aku..

tinggal barang penting jer..
yg lain sumer aku bakar..
hahahaha..

Paan Ovrtd said...

Ya. Kita sekapal.

ckLah @xiiinam said...

Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...

mugiwara said...

kikuri - sejam 30!!??

giler...kang dia saja buat keje lmbt2 kang..
hihhihi~

hyde - aku bkn kerol yg pas2 brg tuk clearkan bilk dia...
hahaha~

sha - bg la semangat sket!!
huhu~

si ai - tak mau! itu koleksi kesayangn tu!

ye...mmg nmpk ikhlas muka tu.

soho mama - haih~ org2 sentimental mcm kami mmg sayang nk buang brg...
mana tau kot2 boleh buat dokumetari ke...
hikhikhik~

arfah - bakar?
ish. dasat bunyi nye~

paan - iya? nmpknye aku tak kesorangn~
hahaha~

xiinam - salam.
owh...sama2...
semoga sehat selalu...

FARYN said...

ko simpan je buat harta karun...
hahahaa

puding roti said...

uish. byknyer. surat2 hutang letak dlm kotak a4. komik2 tu bak mai sini. hee

tasekM said...

semak barulah jantan!

ha ha.

Rozita said...

eh..ahad ni dah pose la
tak kan ada xtvt camping lagi?
mmg fenin tengok bilik ko nih~

mugiwara said...

faryn - kau jgn curik harta karun aku nnt~
hahaha~

puding - mana bley!
komik tu berharga...
nk pnjm kena byr..
satu buku limeposen sehari.
[giler mata duitan~ haha.]

tasik - saya lelaki bukan jantan.
haha~

rozita - 'ahad ni' maksudnye ahad lepas le..
oo..ahd ni dh pose kan?
pose letih kan?
camne nk kemas?
hihi~

jimah said...

huhuhu.. bler tgk komik menimbun tu tringat balik mase form 5 dlu.. dlu since form 1, mmg minat gler kat komik.. every month beli kreko n arena.. abes satu sudut lam bilik penoh ngan kreko n arena.. alih2 sampai form 5 b4 g matriks, bunda x bagi beli komik lagik.. katenyer x matured lau bce mende2 tu.. T_T.. sgt sedey tyme tu..tp dye still bg bace komik/manga yg kecik2 cam zint punyer tu.. tp bler tringat balik, mmg glak sorg2 r, sanggup repeat bace sume mende tu walopon da bce byk kali.. -sigh- (rindu plak nak bace kreko)
-sori, termembebel plak kat cni-

mugiwara said...

jimah - bila dah bekerja ni la yg lagi nk membeli.
cuma. masa plak terhad. [keluh]
beli je...
komik bukan pengukur matang atau tak.

jimah said...

baiklah incik mugiwara..

mugiwara said...

hehehehe~