Friday, July 10, 2009

dunia selari~

aku ada dengar orang kata. juga pernah terbaca. tentang dunia selari.
ada pendapat mengatakan dunia selari akan dapat dihubungkan dengan dunia kita melalui cara cara tertentu atau pada masa masa tertentu.

dalam televisyen juga banyak cerita mengenai dunia selari. juga penjelajahan masa. yang paling aku suka adalah 'back to the future'. masa tu kecil lagi. jadi, macam macam perkara yang aku angan angan kan. antaranya...

erm~ aku bertukar fikiran. tak mahu cerita.

ya. doraemon juga aku suka. tapi emak selalu mengomel. cerita doraemon ni tak elok budak budak tengok sebab nobita tu pemalas!

dulu ada siaran metrovision. selain 'la femme nikita' dan 'sabrina the teenage witch', aku suka cerita 'spellbinder'. syiok tu~ lebih adventure daripada 'back to the future'.

mesia pun ada juga cerita tentang penjelajahan masa. 'xx-ray 2' contohnya. tapi asyik asyik hang tuah. sikit sikit cerita pasal hang tuah. cari lah orang lain pula~

ada juga orang kata, kalau kita tak bernasib baik kita akan masuk ke dunia lain di sebalik asap tebal. dalam cerita hantu, kes kes begini memang tipikal.

dulu. semasa balik dari kerja, seperti biasa aku ikut jalan lebuhraya kesas. pastilah menggunakan laluan sikal.
sampai saja di kawasan rehat awan besar, aku nampak asap berkepul kepul di depan. walaupun sedikit risau, aku masih kekalkan tahap kelajuan. otak cuba tak mahu berfikir bukan bukan. dan sebaik saja masuk ke dalam kepulan asap tu, aku terasa aku sudah berada di sempadan dunia lain. otak aku seakan akan dibrainwash.

bau sate kajang memang buat aku tak fokus dengan dunia sebenar. jadi, sampai rumah saja aku terus tanya ahli ahli rumah yang mahu temankan aku beli sate~

13 comments:

k.e.r.i. said...

kalau aku lalu kat awan besar, aku tak lalu ikut laluan sikal.
saje tak sedar bawak motor.
hahaha

sharamli said...

jgn jadik mcm mamat kt atas ni....

Rozita said...

ko pi ler tengok citer hagemaru pulak.
kisah seorang budak yg jimat + kedekut hahaha

Kikuri-hime said...

Dulu masa aku bebudak, ada citer besh. Tajuk dia 'Sliders'. Penah dgr? Citer pasal parallel universe ni gak.

mugiwara said...

keri - tak sedar diri~
haha.

sharamli - baek~

rozita - wa...tgk gak citer2 cmni ek?
citer tu kdg2 je tgk...

kikuri - sliders? tak ingt lak...tu time skolah menengah kot tu...'97 '98 ek?
yg cm stargate tu ek?
hihi...tak ingat..

Tijah said...

sate kajang best kan? besar2 pastu harga not bad

atiza said...

daripada Hang Tuah..buatla Tok Janggut pulak..kan?

aliaaroslan said...

camping tadi ada acara bakar n makan satay.. wish u were there too so bleh aku buli ko bakar satay.. haha.. kalo kemaruk, datang kajang aku bawak g makan..

@tune® said...

ntahla...
setiap yg Allah jadikan itu pasti ade reason sendiri...

wallahualam...

mugiwara said...

tijah - ye...sgt best...sedap sehingga menjilat lidi~

atiza - ha...itulah!
tak kretip la dorg ni...

julie - i wish i was there too~
huhuhu~
sate~

eh? bukan kata nk bwk potluck msg2 ke? camping lak tu~

@tune - ye btol. takkan Allah jdkn sesuatu ngan sia2 kan?

tp btol ke wujud?

Aizuddin Jaafar said...

Betul lah ada dunia selari.

hyde said...

weh..

kesas mmg jgn lalu laluan sikal la..bahye..banyak pencuri..walaupon anda ade skill gomu2..tp tetap bahye..

sate =p~

mugiwara said...

hyde - wo...patut la incik pulis slalu ada...
wa slalu kena tahan...
seb bek wa buat muka comel semula jadi...