Wednesday, July 1, 2009

basuh telur~

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur untuk masak benjo adalah ketika aku baru sambung belajar selepas spm.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur untuk masak benjo, aku hairan. aku tak gelak. aku cuma hairan. aku kan naif dan penuh dengan sifat ingin tahu.

kata pendita tua, setiap makanan kita akan jadi darah daging. oleh itu, kita hendaklah menjaga pemakanan supaya ianya menepati konsep 'halalan wa thoyyiban'. serta hendaklah menjauhi yang subhah.

tanya petapa, kalau tak ada makanan lain selain yang haram?

jawab pendita tua, ianya bukan lesen untuk gembira dengan yang haram itu. tetapi makan lah cuma untuk meneruskan hidup bukan untuk mengenyangkan.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur, aku cuba mengira berapa banyak telur tak basuh yang aku sudah makan. kalau abah baru ambil dari reban memang aku akan basuh. kalau yang mak beli dari kedai, aku jarang basuh.

pertama kali aku dengar orang suruh brader jual burger basuh telur, aku sebenarnya berfikir. macam mana nak basuh benjo tu? boleh makan kah lepas tu? apa rasanya?
penuh dengan rasa ingin tahu aku ni. kan?

15 comments:

atiza said...

kalau tak basuh..ada lebih masin skit..pastu kelat2..hehehe

Paan Ovrtd said...

Yes! Basuh roti tu jugak....

julietchun said...

aku penah gi makan kat satu kedai mamak, dia siap tulis kat menu "semua telur di kedai ini dibasuh".

Rozita said...

klu basuh itu benjo..hancus lah
heik~

sharamli said...

petama kali aku disuruh bas0h tel0 ngn akak aku...dlm ati aku...cerewet t0l akak aku..bknnya nk mkn kulit..pastu bru la aku tw kdg2 kt situ telekat taik2...

FARYN said...

mmg la kena basuh..
sbb kalau tgk,kat kulit telur tu ada taik ayam ok...huhuhu

Kikuri-hime said...

Iyekkk.... kembang kekak sudaaaa...

@tune® said...

huh..kan ke ade email yang telur ayam dijaga oleh hanjing?

kotaklimasegi said...

kalau benjo kat mekdi camner nak suh org mekdi basuh erk?

Pa'chik said...

telur cuma leh basuh taim dekat nak guna... kalau lama.... nanti cepat buruk...

mugiwara said...

atiza - haha...dh cmpur perisa mcm2, masin dan kelat tu tak tahu pun dtg dr mana...

dik an - roti tu celup air...

juliet - tak payah suruh dh buat. bagus..bagus...

rozita - dh try?
heheheh~

sharamli - aku pun fikir orang tu terlalu cerewet sblm ni...

faryn - bukan kt kilang dh siap basuh ke?

kikuri - ada beran mkn telur lepas ni?
haha~

@tune - haah. ada terbaca tp tak tau sape pngeluar....
takkan tak makan telur kalau rege ayam, daging, ikan mahal!
ikan masin wa tak makan~

arfah - buat petisyen suh basuh telur...er..atau g audit dapur derang...

pa'chik - owh~ yeke? sbb tu la kat kilang dorg tak basuh awal2?

Unknown said...

Mak I pun ajar, basuh telur dulu lepas beli & sebelum masuk dlm peti sejuk atau kabinet. Kalau tgk betul2..memang..byk "kelat-kelat" yg terlekat..!

mugiwara said...

soho mama - kalau dah lapar sangat, tak teringat pun nak basuh....
hahaha~

hyde said...

tergelak besar aku membace komen cik julietchun...hehehe

ker...aku je y berpikiran camtu.. hehehe..ampun yer..

mugiwara said...

hyde - incik!
sila basuh otak kamu sekali!