Wednesday, June 17, 2009

mengejar pelangi~

1. masa kecil aku selalu cari pelangi pada waktu petang selepas hujan. matahari terbenam belakang rumah. pelangi selalu muncul di depan rumah. selepas hujan petang.

2. pantang kalau tunjuk jari terus ke arah pelangi kata orang. kata mereka, jari akan kudung. aku langsung tak berani nak tunjuk. cuma muncungkan saja kalau nak beritahu cik kapitalis di depan ada pelangi.

3. selalu aku tertanya tanya. harta apa agaknya yang ada di kaki pelangi. kalau pelangi menghilang, harta tu siapa yang jaga? teringat cerita ahmad albab, aku tersenyum sendiri.

4. aku benci lagu 'pelangi petang' waktu kecil dulu. seolah olah aku tak akan berpeluang lihat pelangi lagi. lalu aku akan selalu cari peluang main air depan rumah dan pancurkan air jadi rintik rintik supaya pelangi kecil aku muncul.

5. dalam cerita kartun dulu ada banyak babak pelangi dijadikan gelongsor sehinggakan aku berangan angan untuk kejar pelangi dan gelongsor di atasnya bila dewasa.

6. bila dah besar begini aku selalu menafikan angan angan gembira waktu kecil. kerana aku berpendapat orang sekeliling aku tak akan faham dan menyokong falsafah 'lalui hidup dengan penuh warna warni bagai pelangi' yang aku mahukan.

7. tujuh warna pelangi sebenarnya terlalu sikit berbanding dengan warna pelangi yang aku selalu lihat. aku yakin pelangi lebih berwarna dan bukan sekadar tujuh itu saja.

8. perjalanan pulang dari jogjakarta membenarkan aku buat pertama kalinya menyaksikan pelangi ciptaan Tuhan dari angkasa. sangat menawan....sangat berbeza....sangat indah....maha suci Engkau.

9. perjalanan menuju ke shenzen menyaksikan sekali lagi pelangi dengan bentuk lebih berbeza. pelangi sebenarnya berbentuk bulat! erm...di mana letaknya harta itu jika bentuknya bulat, ya?

10. ucapkan pujian pada Tuhan


16 comments:

Kikuri-hime said...

Aku skang ni teramat jeles ngan kau!!! Iskkk.... Postla gambor besh kat sana...

Am i the first to comment?

Oyasuminasai, yo!

AiE bAhRi said...

Syukur alhamdulillah..

Pekerja Kontrak said...

wei ko pegi china eyh...

julietchun said...

"engakau tiba bagaikan pelangi",hehe. Jerebu macam ni kalo pelangi muncul pun payah nak nampak.

kotaklimasegi said...

maha suci Allah..

menjeles terhadap kamu..

Nurul Harun said...

hehehehe.
pelangi itu indah kan! :)

Mak Su said...

harta bentuk bulat? oh....duit syiling ler tu :)

mugiwara said...

kikuri - segan a nk post gmbar....erm..nnt dh pilih, n edit2 bru post k~

aie - syukur~

dpm - yep! sonok weh~

juliet - jerebu dah kurang kan...
hujan pun kurang gak...
rindu dengan pelangi~

arfah - jangan a jeles2...pesal nk jeles...

nurul harun - sangat indah. boleh jadi angau kalau tak jaga jaga...
hihiihi~

maksu - kalo duit syiling pat segi lagi berharga....mksdnye xde a duit syiling pat segi kat situ ek?
alo~

Rozita said...

akak suka kek pelangi~

Fyza d.Hana said...

teringat ms kt bangunan engineering tu.. boleh nampak 7 bentuk pelangi sekali gus.. subhanallah..

mugiwara said...

rozita - buatkan untuk saya kak~
teringin gak nak rasa...
haha~

fyza - aik? cemana std engine sinri pun tak pernah nmpk, alih2 std course len leh nmpk?
ngendap dak2 ngine la ni~

@tune® said...

layan laskar pelangi
sungguh menginsafkan

Unknown said...

Pegi Jogja jugakk??? Tu satu lagi tempat yg I belum sampai. Seberang selat je, tapi belum nyampek..

mugiwara said...

@tune - tgk skip2...feeling tak mari~
nnt wa tgk full...

soho mama - situ tempat yang menarik.
patut pergi.
cuba lah pergi...
er...mungkin lepas anak2 dh besar sket la kot...

hyde said...

nape la aku terklik gambar tu...

nas! jepon jom! duit tabung dah rm200..\:d/

mugiwara said...

hyde - tunggu aku gak. incik~