Monday, April 20, 2009

snippet : sekitar pesta buku antarabangsa di pwtc~


1. modus operandi untuk ke pesta buku telah dirancang oleh aku dan cik kapitalis sejak minggu lepas. kami pergi pada ahad 19-04-2009.

2. aku dah cakap pada mak. bajet adalah rm 100. itu minumum.

3. sepatutnya dua orang kawan cik kapitalis akan ikut kami. tapi yang seorang tu ditugaskan di booth pula. kemudian terjumpa (macam hilang pula) lagi seorang kawan cik kapitalis. dan dia pula ikut kami.

4. orang ramai berasak asak di pts semasa kami sampai. tapi, untuk keseluruhan, kata cik kapitalis tak ramai seperti tahun tahun dulu. tengah bulan barangkali.

5. jumpa kak su (noor suraya), ambil gambar. jumpa abang ramli (ramli awang murshid), ambil gambar. jumpa abang faisal (faisal tehrani), ambil gambar. jumpa maskot lebah, tak sempat ambil gambar. haih~

6. statistik : dua kali pergi mesin atm. dua kali minta tandatangan abang ramli. sepuluh keping borang peraduan oleh institut terjemahan negara telah diisi. fuh~ harap harap menang...

7. cubaan kali kedua untuk berjumpa abang faisal di boothnya gagal. frad of the silent soul tak dapat ditandatangani.

8. ayat paling tak boleh lupa. "buku sekolah menengah ada di bahagian atas ya," kata seorang promoter. kata cik kapitalis, itu ialah pelajar unitar. nampak sangat kami awet muda! hahaha~

9. abang faisal kata kami patut bawa beg sorong. kami kata, takut langgar kaki orang pula nanti.

10. kawan cik kapitalis, mukanya dah nampak penat tapi kami masih bersemangat. hihihi....lain kali jangan serik ikut kami lagi ya~

11. aku sudah ada the kite runner tetapi beli sekali lagi. terjemahan bahasa indonesia. erm...kena cari kamus indon pula...[garu kepala]

12. ally iskandar lalu di booth pts. aku suruh cik kapitalis bandingkan tinggi aku dan dia. dari penjelasan cik kapitalis, aku boleh rumuskan bahawa kepalanya dan bahu aku tak sama paras. ceh~ aku pun pendek juga rupanya! hahaha!

13. secara keseluruhan, modus operandi telah berjaya!

14. aku dan cik kapitalis pulang dengan gembira sambil berdendang lagu dangdut. bersama beg dan tangan penuh buku. juga poket yang 'rabak' bulan ni! yay~

16 comments:

Mak Su said...

rabak tapi bertambah ilmu pengetahuan giteww :)

RY said...

eksyen a tu..
hehe


patut r mcm kenal

kotaklimasegi said...

aku tak pernah gi pesta buku..
nampak sangat tak suka membaca kan..

sharamli said...

sependek2 ally..ad lgik 0rg lgik pendek..muahaha

mugiwara said...

mak su - betul tu! saya setuju~

razor - patut r mcm kenal?
sila jelaskan~
erm...seram dah ni...

arfah - kau gila movie je~

sharamli - oit~ oit~
kami sama tinggi ye...sebab tu kepala dia dan bahu aku tak sama paras...hehehe...

addyaholix said...

aku jalan seorang. dongak kiri kanan atas bawah. hasilnya satu pon aku tak beli.

Unknown said...

aku melepas untuk pergi kerana xbley cuti...hampesss

joegrimjow said...

tahniah la ek
gumbire jew

Fyza d.Hana said...

mesti terlupa yg kamu pn amik gambar dgn imaen(penulis sigaraning).. sian dia.. seperti dianak tirikan.. hahaha (masih terngiang2 tak ayat tu?

julietchun said...

kol brape ko gi sempat jumpa faisal tu? tak ramai ke smlm? aku rasa nak baca nama publisher pun takbleh,asek nampak kepala org jek.

nOniE said...

aku pun g..tapi xjumpa ko pun..hehehe...

mugiwara said...

addy - apa yg kau tgk sbnrnye?

~0~ - ahad pn keje? ini lagi dasat~

joe - mekaceh....mmg sgt sonok~

fyza - hikhikhik...yela...my bad~ my bad~

juliet - erm...lbh kurg kul 3 agaknye...
camane takleh nmpk....dorg lg tinggi dr kamu keh?

nonie - kau musti dh tak cam aku lagi....hahahaha~

Rozita said...

bes nya...buku apa korang beli ye?

@tune® said...

hihi
mane cukup...
kene bawak lebih dan lebih

lenkali make sure tatau atm kt mane
sure oke

aliaaroslan said...

duit habis tapi nampak hasil takpe.. dikala ko riang ria beli buku / tengok buku / amek gamba / mintak otograf, aku pon riang ria rembat kasut 3 pasang.. huwaaaaaaaaa... nasib ada lagi bajet utk ke pwtc esok.. hehe

mugiwara said...

rozita - ntah. main kutip je...berebut2 ngan cik kapitalis~

@tune - kalau tak tahu...mau meracau kt dlm pwtc tu~
hahaha~

julie - dasat~