aku.
kalau suruh aku pakai baju warna merah jambu, mati hidup balik pun aku tak nak pakai.
dan aku sudah simpan dan tanamkan dalam fikiran aku. merah jambu ialah tidak yang besar dalam sejarah pemakaian aku.
dan aku sudah simpan dan tanamkan dalam fikiran aku. merah jambu ialah tidak yang besar dalam sejarah pemakaian aku.
kawan kawan kanpai pernah cadangkan tema pakaian untuk kanpai time adalah warna merah jambu. aku dan aiza adalah orang yang paling kuat membantah.
ok. setakat bintik kecil atau garisan sedikit itu tak menjadi masalah. sebab bukan warna utama. aku boleh terima.
ok. setakat bintik kecil atau garisan sedikit itu tak menjadi masalah. sebab bukan warna utama. aku boleh terima.
pernah sekali. cik kapitalis keluarkan persoalan. kenapa perlu genderize kan warna?
tapi yalah kan. orang sekeliling mudah sceptical dan ada perjudis semulajadi terhadap lelaki merah jambu. mengaku sajalah kau pun sama bila kau baca tajuk di atas. bukan begitu?
dan. tempoh hari, selepas belek belek gambar lama. aku hampir nak pitam. nak ketawa dengan kebodohan diri pun ada.
kenapa aku tak sedar. aku pernah jadi lelaki merah jambu selama hampir setahun [tolak cuti sekolah] waktu dulu dulu. haha~
perhatian : kau orang perlu faham. itu darurat. dalam keadaan terpaksa. kau tengok sajalah macam mana muka terpaksa aku tu~
19 comments:
hu3...
c0mey je...kecik lgi kn...xtw ap lgik..
jgn jdik cm SUTUN suda..
aku bukan hidup zaman enam puluh-an. jadi merah jambu bukan masalah pada aku. biar orang sceptical dengan aku. aku tak mati kalau orang prejudis pada aku. dan aku langsung tak rasa malu mengaku aku pakai merah jambu. dah masuk 2009 dah la bro. haha!
dan kenapa perlu jelik kalau lelaki pakai merah jambu? kenapa perlu ada tanggapan kurang enak dengan lelaki yang pakai merah jambu?
tiada gender dlm sesuatu warna...
nasib baik time tadika dulu pakai color merun...he3
ko menolak naluri jambu ko ni
sharamli - minta dijauhkan...
addy - kau memang hebat~
addy - aku pun sedang fikir persoalan yang sama. kenap perlu rumitkan keadaan ya?
jumapx - sepatutnya begitulah...
luffy - ye ke? mana kau tau?
aku pakai je..
selagi tak body size, bole aje
hahaha!! itu pijama kah? kalu iya...boleh dimaafkan lagi.
sila lihat balik baju melayu anda beberapa tahun yang lalu.. bukankah berwarna pink lembut.. jgn nak kata warna peach pula ye....(nak melarikan diri dari kenyataan la tu..)
Merah jambu adalah warna yang sangat cantik
ps: sangat cute budak kecil itu haha. sekarang pun dia cute kan?
kamu nampak sungguh kiut ok! ha ha.
.
aku takde masalah ngan warna merah jambu...
dan aku takde masalah dgn lelaki yg pakai kaler merah jambu asalkan kene gaya...
nasib la full-u ko dulu tu tak jadi warna pink mcm abg-la punya.. hahaha
razor - aku malu..
tijah - hahaha...macam pijama kan?
fyza - manade...yg teluk belanga tu kan? tu mmg peach pun...
lily - kalau perempuan cakap begitu memang tak pelik. erm...masih berfikiran begini...
budak tu memang sentiasa comel...hihihi...
tasikmerah - [ikon blushing]
arfah - macamana yang dikatakan 'kena gaya'? ada contoh?
julie - hahaha...tu kes nila bertukar warna merah. merah nila~
haha..
Teman x suka merah jambu, macam mat jambu plak.. Warna tshirt teman ada dua je.. klu x hitam tentunya putih.. rock tuuu
civic - merah jambu pun warna rock juge kabornye...pink floyd contohnye...[ketawa]
kalau la ko dpt awek..kemudian korang nak kawen..skali awek ko tu mmg centa mati ngan kaler pink...
padan la muka ko kena bersanding pakai kaler pink...hahahaha
Teman prefer kepada Lefthanded ngan May aje
faryn - choih~ mintak simpang!
civic - otai2 tu~
Post a Comment