Tuesday, March 24, 2009

kena sumpahan~

malam tadi aku keluar bersama abang fahmi. kami ke downtown di cheras. dah lama dia dan abang hassan janji nak bawa aku ke situ.
tapi ada saja halangan. sibuklah. hujanlah. itu. ini.
hari ni aku ambil kesempatan, suruh dia bawa aku ke situ.

dalam perjalanan ke situ dia beriya iya bercerita hendak makan mangga muda. cecah belacan sedap katanya.

aku : eh! mana boleh. mak saya kata nanti buah buruk.
dia : iya lah tu. tak pernah aku dengar pun. makan dengan belacan lah yang sedap.

sampai di downtown gerimis mula turun. spoil!
jadi kami ronda sekejap saja. tak beli apa apa pun. tak ada yang menarik.

dalam perjalanan balik.

dia : itulah. bukan aku tak nak bawa kau. tapi kau tengoklah. asal nak bawa kau, hujan.
aku : salah saya pula?
dia : iyalah. hah! kau mandi ke tak tadi?
aku : [senyap]
dia : ha~ sebab tu lah hujan. kau tak mandi.
aku : apa pula. apa kena mengena saya tak mandi dengan hujan turun?
dia : sama lah juga macam kau cakap buah mangga jadi buruk kalau cecah belacan.
aku : tak sama.
dia : esok cuba kau pergi lagi sekali. tapi kau mandi dulu. mesti tak hujan.
aku : mana tahu tak hujan? kalau hujan juga? saya pergi taiping tempoh hari, tak mandi satu hari. hujan tak turun pun.
dia : itu dah keluar kawasan sumpahan. [ketawa]
aku: jadi, esok kalau saya mandi, tetap hujan. macam mana?

dia : itu kuasa Tuhan. [ketawa]

perhatian : cik kapitalis. ini macam kes kita nak bawa orang lain pergi tengok pemandangan bersama sama. kan?

14 comments:

aliaaroslan said...

huwaaa.. tak mandi pon kne sumpahan ke.. macam sama aje isu dengan blog mazidul : http://mazidulakmal.blogspot.com/

hehe.. tapi kan, rasa mcm takde kene mengene aje, pasal skrang ni memang cuaca tak tentu arah.. nak kuar pon kne planning baik2..

tasekM said...

busuk tau dia nih!

he he.

kotaklimasegi said...

len kali mandi dulu sebelom kuar..

mugiwara said...

julie - saje je dia tu.....aku rasa org kt eropah n len2 negara beriklim sejuk lebey ramai yg tak mandi. lagi2 kalo xde heater...kan?

tasik - manade....dh sembur minyak wangi byk2 dah..

arfah - baek la...(dengan nada sambil lewa~)

mugiwara said...

julie - baru je baca blog mazidul tu.
terasa beb! huhuhu~

sharamli said...

nak kua bru kna mandi ke.....keberihan penting

Kapten Luffy said...

bijak sungguh...

p/s: ko ni mandi ler...

mugiwara said...

sharamli - yela...jimat air~ haha~

luffy - aku mmg bijak kan? maceh~

@tune® said...

giler ah..
xmandi...

dah tuh..bilik berita tgk ramalan cuaca kawasan cheras berdasarkan permandian kau lah ye?

aliaaroslan said...

terasakah engko? mwahahahhaa

tapi memang betol pon, orang2 eropah, UK, US mane mandi ari2.. bangun pagi gosok gigi (kalo gosok la kan) pastu zasss tukar baju n blah... so ko kira ok lar mandi sungai walaupon tau lepas 10 saat akan mengigil.. hehe

addyaholix said...

aku selalu mandi hujan. haha!

tasekM said...

sila jawab tag. ha ha.

Fyza d.Hana said...

yela.. bila nak bawak "org" tu memang ujan lebat.. haha..
amboi.. nak kutuk "org" tu ye.. kang betul2 kena sumpahan...

mugiwara said...

@toon - rilek a...baru bujang...hehehe~

julie - weh...lbh 10saat weh...

addy - hujan zaman sekarang boleh bawa demam. masa sekolah dulu boleh skip skool. sekarang mana boleh skip kerja....huhu~

tasik - tag? ha? apa tu?
heheheheheh~

fyza - tak bermaksud 'org tu' saja. kan kiter pernah cuba bawa beberapa org yg len....baca btol2...'orang lain'