Friday, March 20, 2009

gopoh gapah~

rabu tempoh hari. lepas turun dari stesen lrt plaza rakyat, terus meluru ke kaunter tiket bas transnasional. nak beli tiket ke kamunting. ada temuduga hari khamis lepas.
tiketnya rm24. aku hulur rm100. tak ada duit kecil.
brader dalam kaunter tanya, "seorang saja kan?"
aku jawab, "ya. seorang," sambil kerut dahi.
"dua puluh empat ringgit saja," katanya.
"oh. dengar macam enam puluh empat tadi," lalu aku ambil semula not 50 tadi.

tapi bukan aku seorang saja yang dengar 'dua' dia macam 'enam'. perempuan belakang aku pun sama. dia pun terkejut dengar brader dalam kaunter tu kata tiket bas berharga rm60.
ini bermakna aku bukan pekak. sila ambil perhatian, ya.

itu kes lain. kes yang lagi satu.
balik dari stesen plaza rakyat dan sampai di stesen cempaka baru tersedar yang aku tersalah beli tiket.
apa cerita. temuduga hari khamis pukul 10 pagi. beli tiket hari khamis pukul 9 malam.
sengal!

4 comments:

Mak Su said...

pasal tiket yg salah dengar, bising kot kat situ tu, tu sebab salah dengar, nasib baik tak baya RM4.00 jer, sebab ingat reganya RM4.00. ahaks

Farie Amrah said...

haha!! naseb baek xbli tiket khamis mggu yg lg 1..

mugiwara said...

maksu - ye..biar amek baki jgn kena maki. haha.

farie - tu lg ok. sempat jual balik.

Kapten Luffy said...

ko tak pekak... nyanyuk je kot kakaka