banyak perkara yang kita tak sedar kita buat tanpa melihatnya...
orang kata, tutup mata pun boleh buat....
tapi memang betul pun.
contohnya.
padam akaun blog.
oh~
sila cuba pada akaun lain kalau kau sekadar nak cuba cuba.
ada beberapa perkara -yang aku dapat fikirkan- yang aku boleh buat tanpa melihat.
satu. korek hidung atau telinga. tak payah nak tengok pun mana lubang hidung, jari dah masuk tanpa meraba.
dua. menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit. kadang kadang boleh tahu dengan sendiri yang aku dah tersalah taip.
tiga. menaip kata laluan emel, facebook, mesin atm dan yang se-spesis dengannya. walaupun setiap satunya adalah kata laluan yang berbeza, hampir sembilan puluh lapan peratus adalah berjaya tanpa kesilapan.
empat. menekan saluran tv kegemaran pada alat kawalan jauh.ala....berapa sangatlah saluran yang ada pun...
lima. butang baju atau ikat tali kasut. biasa ja ni...
erm...ada lagi yang boleh dibuat tanpa buka mata.
menyakitkan hati orang lain. ini pun biasa terjadi. kadang kadang sampai menjadi kebiasaan.
dan lain lain yang boleh dibuat tanpa buka mata. hatta, ketika tak sedar pun boleh buat.
berdengkur dan garu punggung ketika tidur...[aku macam tahu ja siapa yang ada kebolehan tersebut.]
apapun,
dapat melihat adalah satu perkara yang menggembirakan. cubalah sekali sekala lakukan perkara yang biasanya kita buat tanpa melihat itu dengan melihat pula. melihat dengan mata yang dua biji itu. juga dengan mata hati. kalau ada.
aku.
belum ada.
3 comments:
yeah~~
saya suka..
"sakitkan ati 0rg tanpa buka mata".
sebab 0rg yg suka sakitkan hati 0rg tu selalunya buta hati..heh.. terem0 pulak
alamak,aku ter'insaf' plak bace ni..yela,kn..kdg2 mmg kite xsdr pn tersakitkan ati org laen..walaupn dgn mate terbuke..kire mcm sengaje ke kalo mcm ni?
btl. tak perasan pun sy ada kebolehan korek hidung sambil tutup mata. hebatnya rs :D
~plg takut dah sakitkan hati org lain tp kita mmg tak dpt nk puaskan hati semua org, jd msti ada jg yg sakit ati dgn kita tnpa kita sedar kan? wuwuwu
Post a Comment