Friday, May 14, 2010

siapa yang pergi masjid untuk makan pisang dan curi selipar sila angkat tangan~

hari ini hari jumaat.

sekejap lagi wajib bagi setiap laki laki muslim yang berakal untuk menunaikan solat jumaat. ada khutbah hari ini. khutbah adalah sebelum solat jumaat, bukan selepas. kena ingat tu!

diingatkan untuk datang awal ke masjid. pakai pakaian yang bersih [orang yang kerja macam mana? fikirlah sendiri]. kalau boleh pakai wangi wangi.

kalau datang awal, buat solat sunat tahiyatul masjid dan niat iktikaf.
datang sebelum azan [insyaAllah] dapat pahala besar.

oh ya!
dengan datang awal juga membolehkan kita berpeluang untuk makan pisang yang orang sedekah kat masjid. [haha! entah kenapa hari ni asyik teringat nak makan pisang kat masjid!]

diingatkan untuk tidak buang kulit pisang merata rata ya.




dan...
balik nanti jangan rembat kasut/selipar orang lain!!!

2 comments:

k.e.r.i. said...

pesen kat masjid puchong : mat-mat rempit parking depan masjid.
habis smayang semua kena maki sebab orang susah nak kuar.

ASH said...

seronok tengok anak muda datang awal kat masjid..
yang tak seronok, tengok abang tua berenak enakan merendek shopping time Jumaat..