auntie kata, dia cuba nak buat baiklah tu....patut bagi ja duit tu. kenapa tak bagi?
auntie kata pada kami bila kami kata kami tak bayar se sen pun pada pakcik yang jaga tapak khemah.
alasannya, pakcik tu kata 'tak apa'.
dulu.
orang selalu datang rumah nak beli buah mempelam dari abah. tapi abah kata, ambil saja. tak payah bayar. tapi orang yang datang tu tetap hulur juga. selitkan dalam tapak tangan abah.
dulu.
masa mak jaga anak orang. mak diaorang kadang kadang bagi barang atau bayar lebih. mak kata, tak apa. buat apa susah susah. tapi mak diaorang bagi juga.
aku.
selalu nya. bila orang kata tak payah, aku pun kata, oke. terima kasih ya.
jadi sebab itulah. aku dengan rasa tak bersalahnya cakap terima kasih saja. kalau mak tahu, mak mesti kata 'ish! budak bertuah ni. buat malu kat orang ja.'
aku. kadang kadang.
entah. lurus sangat agaknya.
pembaris pun ada bengkok bengkok sikit.
|budaya sopan orang melayu. cakap berlapik. budi dibalas. ini yang aku suka tentang mesia|
Berbelah bahagi
15 hours ago
5 comments:
insafla~
pembaris sekarang dah boleh bengkok-bengkok kau tahu.
takde dah kaler kuning panjang-panjang tu.
Budaya org mesia nie.. yg cakap tersurat itu belum tentu yang tersirat dalam hati.. kalau org kata tak nak.. sebenarnya dia nak.. tapi dikata tak perlu.. tapi kita kenalah nilai sendiri usaha dan tenaga org tuh.. jgn kerana dia kata takpe.. kita terus lupa yg kita minta tolong atau ditolong itu juga melibatkan masa dan tenaga org.. ;)
Kat sini budaya terus terang.. mahu dia kata mahu.. tak nak dia kata tak nak.. takde berbelit2.. tapi bila menegur pula pandai gunakan bahasa dan berhemah..
A person said to me.. if you want something always ask.. if you don't ask u never know...
tapi kita ni orang sains. cakap straight aje, takde bengkok2.. kalo kata takyah, takyah aje.. ye tak
sya - baek~
keri - bengkok kiri kanan ke?
iina - kadang kadang boleh buat orang salah faham.
'terus terang.. mahu dia kata mahu.. tak nak dia kata tak nak.. takde berbelit2.. tapi bila menegur pula pandai gunakan bahasa dan berhemah..'
ni saya suke.
julie - ko memang memahami...huuu~
ckp je...aku ni bukan reti sgt nk huraikan maksud tersirat ni..
Post a Comment