Saturday, May 22, 2010

aku memang dah macam tu, nak buat macam mana lagi~

semalam. rancangan warung kita. pengacara atau watak yang makan makanan ialah farouk err..farouk apa entah.

mak kata, hah! tu namanya gelojoh. pelahap.

aku kata dengan suara yang perlahan, jangan lah cakap macam tu. saya terasa~

cik artis senyum senyum.

abah kata, aku tengok dia ni makan banyak. tapi badan macam tu juga.

aku kata dengan suara yang perlahan, jangan lah cakap macam tu. saya terasa~

cik artis gelak gelak kecil.

Thursday, May 20, 2010

lolly kata, jangan pijak saya. nanti saya mati~

lolly dah balik.
lama dah.

cik botani kata, lolly dah rosak.

aku buat selamba saja. padahal dah berapi di dalam.

aku pergi cari lolly dalam bilik. jumpa dia. dan memang sah dia dah rosak akhlak!

dekat seminggu juga aku buat tak layan pada dia.

mula mula rasa nak marah. tapi awal awal lagi lolly dah bagi 'nota' pada aku.
'jangan pijak saya, nanti saya mati'.
terus rasa tak sampai hati. walaupun masih geram.

sekarang.
dia dah oke sikit.
cuma. sound trouble dia makin teruk.
aku syak, ada orang yang ajar dia pergi kelab mana mana ni!

Friday, May 14, 2010

siapa yang pergi masjid untuk makan pisang dan curi selipar sila angkat tangan~

hari ini hari jumaat.

sekejap lagi wajib bagi setiap laki laki muslim yang berakal untuk menunaikan solat jumaat. ada khutbah hari ini. khutbah adalah sebelum solat jumaat, bukan selepas. kena ingat tu!

diingatkan untuk datang awal ke masjid. pakai pakaian yang bersih [orang yang kerja macam mana? fikirlah sendiri]. kalau boleh pakai wangi wangi.

kalau datang awal, buat solat sunat tahiyatul masjid dan niat iktikaf.
datang sebelum azan [insyaAllah] dapat pahala besar.

oh ya!
dengan datang awal juga membolehkan kita berpeluang untuk makan pisang yang orang sedekah kat masjid. [haha! entah kenapa hari ni asyik teringat nak makan pisang kat masjid!]

diingatkan untuk tidak buang kulit pisang merata rata ya.




dan...
balik nanti jangan rembat kasut/selipar orang lain!!!

Monday, May 10, 2010

pergi rumah pena seorang diri~

pergi maskara seorang diri.
cik kapitalis pergi perlis. makan sedap sedap. tak bagi tahu. huh!

1. aku terlepas satu setengah performer. tri nyanyi lagu terakhir baru aku sampai.

2. seorang brother tu kata maskara mula lambat setengah jam. bila aku tanya pada dia, sudah berapa orang perform?

3. lambat setengah jam bukankah perkara biasa bagi orang melayu. [ya. baca dengan nada sinis.]
tapi mungkin juga sebab petang tu hujan lebat.

4. orang tak berapa ramai. tapi ada beberapa orang yang aku pernah nampak sebelum ini. pakcik naga antaranya.
heh!

5. suka nyanyian dua kumpulan terakhir.

6. aku ingat mat saleh tu datang nak buat dokumentari. rupanya dia ialah drummer.
main dram? memang kacak!

7. habis rm50. beli buku. aku ingat mahu simpan. bajet ketat. tapi tewas.

8. ada orang mahu ambil gambar. bukan ambil gambar aku. cuma baju aku. tapi aku tak kecil hati.

9. lagu 'puisi untuk perempuan gemuk meja sebelah' macam pernah aku dengar sebelum ini.

10. lupa nak sibuk sibuk tengok menu apa malam tu.
haha.

Friday, May 7, 2010

masuk ke dalam cahaya~

dah lama nak cari 'masuk ke dalam cahaya'.

aku tak tahu siapa penulisnya. dulu pinjam dari pusat sumber, tengok tajuk. agak agak menarik, ambil.
ambil di sini bermaksud ambil begitu saja. simpan dalam bilik pemgawas pusat sumber. sebab tak mahu orang lain pinjam.

hari tu.
aku terjumpa buku tu. tapi sudah diterjemah ke bahasa inggeris. walaupun aku beli versi ini, aku tetap mahu cari versi bahasa melayu juga.

Thursday, May 6, 2010

bukan....sebenarnya bukan~

aku bukan takut nak panjat pokok. serius ni!

aku cuma tak reti cara nak turun nanti. mahu berjam jam ambil masa nak turun.
mak kata aku macam harimau. dah panjat pokok, tak reti turun. terkial kial kaki nak julur ke bawah.

ni jenis harimau belang lah ni. kalau harimau kumbang handal panjat panjat pokok ni.
harimau jadian tak tahu pula. kena tanya sol-jah~

Wednesday, May 5, 2010

belajar tentang budaya yang sepatutnya dah berakar dalam diri~

auntie kata, dia cuba nak buat baiklah tu....patut bagi ja duit tu. kenapa tak bagi?
auntie kata pada kami bila kami kata kami tak bayar se sen pun pada pakcik yang jaga tapak khemah.
alasannya, pakcik tu kata 'tak apa'.


dulu.
orang selalu datang rumah nak beli buah mempelam dari abah. tapi abah kata, ambil saja. tak payah bayar. tapi orang yang datang tu tetap hulur juga. selitkan dalam tapak tangan abah.

dulu.
masa mak jaga anak orang. mak diaorang kadang kadang bagi barang atau bayar lebih. mak kata, tak apa. buat apa susah susah. tapi mak diaorang bagi juga.

aku.
selalu nya. bila orang kata tak payah, aku pun kata, oke. terima kasih ya.
jadi sebab itulah. aku dengan rasa tak bersalahnya cakap terima kasih saja. kalau mak tahu, mak mesti kata 'ish! budak bertuah ni. buat malu kat orang ja.'


aku. kadang kadang.
entah. lurus sangat agaknya.
pembaris pun ada bengkok bengkok sikit.


|budaya sopan orang melayu. cakap berlapik. budi dibalas. ini yang aku suka tentang mesia|

Tuesday, May 4, 2010

bila dapat gerak hati untuk lakukan sesuatu~

kebetulan gerak hati tu betul.







|tapi bukan setiap masa betul|

Saturday, May 1, 2010

tarik benang ukur dunia : tempat lepak~

dia : oke. jumpa tempat biasa.
aku : aku tak biasa!
dia : bijik la kau ni.
aku : yalah. mana ada kita biasa lepak mana mana.
aku : tempat lepak kita kan bersepah sepah.
dia : hihi. yakah? tak perasan.

kami sebenarnya jarang melepak.