Monday, December 5, 2011

[kedut dan uban]

kalau kerut dahi memang la berkedut.
kalau senyum menyeringai memang la nampak kedut hujung mata.
bak kata cik kapitalis, kolagen dah tak banyak. kalogen kan berkadar songsang dengan usia.
tapi orang masih ingat aku budak kolej lagi. [suka!]

rambut aku dah mula nampak uban. apa? dah ada uban? [pura pura terkejut]
heh! macam ngeri je ada uban kan? padahal tak ada apa pun masalahnya. aku oke je ni. kenapa orang takut sangat dengan uban? lagipun tak nampak dari jauh. duduk dekat dekat baru nampak.

aku belum 30 pun lagi. tapi tak kesah pun. sebab....
aku membayangkan sepuluh, dua puluh tahun akan datang. mungkin dah penuh satu kepala rambut putih. tapi masih kacak. macam george clooney. [ketawa besar]

yang aku rimasnya, mamat bangla dan wak indon tempat kerja aku ni sibuk suruh aku kahwin lepas nampak rambut putih kat kepala aku ni. siap nak tolong cabutkan pula tu, rambut putih kat kepala aku ni!
kau apahal? tak cukup banyak lagi ke kerja yang aku bagi tu?

Tuesday, November 29, 2011

[katak dan hijrah]

ehem!

~katak oh katak, kenapa kau panggil hujan.
macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku...ular nak makan aku~

ye ke?
betul ke katak panggil hujan sebab ular nak makan dia?
jadi kalau ada bunyi katak bising bising buat orkestra kat belakang rumah kita tu, maksudnya ada ular la ye?
sama macam anjing nampak pencuri pula. kan?

bukan ke....
sebab katak katak tersebut nak mengawan?
kalau tak hujan, tanah kering kontang, tak ada tempat nak buang telur. kan?

apapun, musim hujan [cuaca agak tak menentu sebenarnya] kena lah jaga diri. jaga kesihatan.

dan.
sejak beberapa hari yang lalu, kalau masih ada yang tak perasan, kita dah pun masuk ke tahun baru mengikut kalendar Islam. tahun ke 1433 selepas hijrah.
jadi, perlu terjah ke hadapan atau perlahan lahan melangkah? relevan lagi untuk toleh ke belakang?
erm...semua tu adalah pilihan masing masing untuk buat pilihan bijak. jalan hidup sendiri atas pilihan sendiri tapi perlu juga ingat. Allah adalah sebaik baik perancang.

salam maal hijrah.
maafkan salah silap kekurangan dan keterlanjuran.
assalamualaikum~

Tuesday, October 11, 2011

rumahku sorgaku~

ooo....kat sini rupanya 'rumah' aku.
aku pun terlupa aku ada 'rumah'. lama dah aku terbiar 'tepi jalan'. jumpa juga jalan balik 'rumah' ni.
sengaja aku buat buat lupa kata laluan 'rumah' ni.

.
.
.

bukan apa. lepas jalan jalan survey rumah konon-mampu-milik, mula la otak pasang angan angan nak sebiji banglo. paling sangkak pun teres dua tingkat dengan tanah yang besar la.

cuma, rumah konon-mampu-milik tu mampu sangat ke jadi hak milik aku?

Friday, February 18, 2011

mutasi~

tempoh hari ternampak seekor cicak belakang mesin basuh sebelah tandas.

cicak besar!
bukan cicak komodo. bukan!
ni spesis cicak yang gemar menginap secara percuma di rumah rumah kos rendah dan sederhana. [rumah orang kaya ada tak?] tapi aku syak cicak ni cicak yang genetiknya telah bermutasi. mutan kata orang orang yang belajar tinggi.


mana taknya. besar bukan main. sampai tergamak makan lipas! saiz kepala saja dah sama macam penutup botol air mineral 500ml berharga rm1.20 di kedai berhawa dingin yang beroperasi dua-puluh-empat jam.besar kan? ha....tu baru kepalanya. badannya? ekornya? anunya? err..anu...kakinya maksud aku...
haa....ngeri tak ngeri sangat la kan tapi ngeri juga lah kalau dibayangkan makhluk cicak mutan tu membiak dengan banyak dan mula menyerang homo sapien satu hari nanti.
wah! pengaruh tv sungguh kuat ni!

bila cakap pasal cicak mutan ni aku teringat pula tentang tikus sebesar anak kucing kat satu kedai makan di kawasan cheras. ya....tikus tikus pun sudah mengalami mutasi.

jadi....aku syak, tak lama lagi akan ada hero hero bawah tanah bercengkerang yang mahir menjadi ninja untuk menyelamatkan dunia dari serangan cicak cicak dan tikus tikus mutan itu.

Wednesday, February 16, 2011

sehat!

demam teruk ketika cuti raya cina yang lepas.

barulah tahu betapa nikmatnya bercuti dalam keadaan sihat.
banyak perkara yang tak boleh buat dengan gembira.

tak boleh makan makanan yang sedap dengan kuantiti yang banyak. erm...perlu ganti semula skipped meals sepanjang minggu itu.
tak boleh bersiar siar. ooh...itu bermakna tak boleh cuci mata dengan pemandangan yang indah indah. maka aku kena cari kesempatan untuk menikmati semua itu.
tak boleh tidur dengan lena. suhu badan yang tak mahu bertolak ansur dengan suhu bilik, batuk yang menyakitkan tekak dan menyesakkan dada. tu antara faktor faktor menyumbang kepada tak boleh tidur lena [sebenarnya sejak beberapa bulan lepas aku amnesia...er? amnesia? salah. insomnia sebenarnya. dan masalah itu berlarutan sehingga sekarang. kadang kadang saja dapat tidur dengan waktu normal dan dengan lena]
juga tak boleh menyakat orang. sekarang bersiap sedialah semua...

sebab aku dah sehat!

Sunday, January 30, 2011

sekarang~

salam bertemu kembali.
sekarang baru nak update.
[senyum]


bukan apa.
aku beri masa sebulan pada diri sendiri untuk melihat kembali kebelakang. lihat semula tahun lepas. cukup lah satu tahun yang lepas dahulu.
apa perubahan? apa perkembangan?

macam tak ada apa apa yang berubah pun. macam sajalah. tapi ada yang kata aku dah berubah. itu bergantung pada siapa yang lihat aku juga. dan bagaimana dia lihat aku.

juga tak ada apa apa yang kembang pun. hidung saja kot yang kembang kuncup kembang kuncup.

jadi, setelah sebulan tahun baru, aku masih tak dapat lihat apa perkara produktif yang aku sudah buat. dan aku tak bercadang atau merancang apa apa perkara produktif untuk dibuat.


orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal?
adakah aku orang yang gagal?
heh!
aku cuma tak mahu jadi orang yang tahu bercakap saja.
munken juga aku tak patut cakap apa apa langsung hari ini.
diam adalah pintar, bukan?

salam untuk semua...

Thursday, December 30, 2010

status~

oke. ini adalah beberapa status dan komen yang sempat aku kutip dari kawan kawan di facebook.
nama dari profile terpaksa ditukar atas alasan privacy.

zul - perghh..siap standby bomoh hujan kt bung karno takut presiden kena hujan..haha..mcm2 hal la diorg ni..

izat - en fahmi sudah mula temper...sat lagi kalau dia tampar teammate dia pun mmg patut...

fiza - alhamdulillah.. syukur.. kita menang akhirnya..tp jgn cpt lupe diri..

izat - mode for malaysia!!!

zul - ap la guna menang semua game kt bung karno kalo x dpt angkat piala aff..haha 

saril - kompem jersi msia laris la weh!!!

izat - fahmi adalah calon menantu kesayangan ibu-ibu malaysia mlm ini... hihi

ida - weh, rumah tgga aku tergugat dek kerna budak fahmi ni...

fiza - abam-abamku menang.. yeahhhh!!..dapat cuti free.. yeaaaaaaaahhh!!!

aiza - kumplan lala! kumplan lala adeeeeeee lalalalalalla..hahaha..cop2..mustahil ko tgk bola... perlu ke aku tny ko soklan y same aku tny si ayoi..hikhik .ok2....testing skit...ape beza kad kuning dan merah?

rosman - "Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team." Rio Ferdinand .. From Twitter

nas - Tangan bahu ke bahu kwn sebelah!!!kaki melompat kiri dan kanan!!\0/
  
ain - skrg tgh perang twitter/facebook btwn msia n indon
 

tahniah.

tapi walau apa pun, aku tetap sedikit keciwa.



mana coli laser!!!!