Tuesday, November 29, 2011

[katak dan hijrah]

ehem!

~katak oh katak, kenapa kau panggil hujan.
macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku...ular nak makan aku~

ye ke?
betul ke katak panggil hujan sebab ular nak makan dia?
jadi kalau ada bunyi katak bising bising buat orkestra kat belakang rumah kita tu, maksudnya ada ular la ye?
sama macam anjing nampak pencuri pula. kan?

bukan ke....
sebab katak katak tersebut nak mengawan?
kalau tak hujan, tanah kering kontang, tak ada tempat nak buang telur. kan?

apapun, musim hujan [cuaca agak tak menentu sebenarnya] kena lah jaga diri. jaga kesihatan.

dan.
sejak beberapa hari yang lalu, kalau masih ada yang tak perasan, kita dah pun masuk ke tahun baru mengikut kalendar Islam. tahun ke 1433 selepas hijrah.
jadi, perlu terjah ke hadapan atau perlahan lahan melangkah? relevan lagi untuk toleh ke belakang?
erm...semua tu adalah pilihan masing masing untuk buat pilihan bijak. jalan hidup sendiri atas pilihan sendiri tapi perlu juga ingat. Allah adalah sebaik baik perancang.

salam maal hijrah.
maafkan salah silap kekurangan dan keterlanjuran.
assalamualaikum~