salam bertemu kembali.
sekarang baru nak update.
[senyum]
bukan apa.
aku beri masa sebulan pada diri sendiri untuk melihat kembali kebelakang. lihat semula tahun lepas. cukup lah satu tahun yang lepas dahulu.
apa perubahan? apa perkembangan?
macam tak ada apa apa yang berubah pun. macam sajalah. tapi ada yang kata aku dah berubah. itu bergantung pada siapa yang lihat aku juga. dan bagaimana dia lihat aku.
juga tak ada apa apa yang kembang pun. hidung saja kot yang kembang kuncup kembang kuncup.
jadi, setelah sebulan tahun baru, aku masih tak dapat lihat apa perkara produktif yang aku sudah buat. dan aku tak bercadang atau merancang apa apa perkara produktif untuk dibuat.
orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal?
adakah aku orang yang gagal?
heh!
aku cuma tak mahu jadi orang yang tahu bercakap saja.
munken juga aku tak patut cakap apa apa langsung hari ini.
diam adalah pintar, bukan?
salam untuk semua...
Berbelah bahagi
5 hours ago