Wednesday, August 11, 2010

pertama kali~

semua orang pernah ada kali pertama.



hari ini ialah kali pertama aku berpuasa dalam tahun 1431 hijrah ni.....

maka, aku sedaya upaya tidak berimaginasi tentang makanan yang sedap sedap.
tapi tak boleh!
tadi baru saja lalu subway.
argh!!!
dugaan kali pertama!

Tuesday, August 10, 2010

membilang hari~

1. pertama kali tertidur di maskara. maaf ye....kikiki...

2. adakah mata bos masuk habuk lalu berair dan merah merah pada hari terakhir aku di opis itu?

3. selamat menyambut ramadhan. baru  nak ramadhan ya. belum ramadhan pun lagi....yang pasaraya giant tu pasang lagu raya tu apa pasal?

4. tak sabar sabar nak tengok cerita hantu mak limah pulang ke rumah. lagu enjit enjit semut kak limah nyanyi tu boleh tegak bulu roma beb!

5. terima kasih nakama dan kawan kawan juga keluarga yang beri sokongan~ [gementar membilang hari]

Sunday, August 8, 2010

zomba zomba berkeliaran diluar sana dan~

...kau pun cuma melihat dari mata tempurung bersama katak katak ketakutan....

kau pun tak mahu panjat lagi perigi bersama labah labah tenggelam dalam kegelapan...

kau pun sembunyi di belakang batu bersama udang kurau disebalik mee juga kadang kadang untuk menyendiri.



zomba memang menakutkan tapi tak bermakna kita perlu berada dalam ketakutan.

*apa itu zomba? rujuk filem khalid mamat.

Thursday, August 5, 2010

tak usah beritahu sebab aku memang tahu~

...................aku egocentric!

Monday, August 2, 2010

belansungkawa~

takziah buat aiza yang kehilangan datuknya pagi semalam.

semoga arwah ditempatkan bersama sama orang orang beriman.

al-fatihah.